Page 59 - MAJALAH SRI JELASIN 2024
P. 59

LAPORAN KOKURIKULUM







               Sepanjang sesi 2023/2024, Unit Kokurikulum SMK Kota telah menganjurkan

               pelbagai aktiviti di peringkat sekolah dalam memastikan setiap pelajar dapat
               melibatkan  diri  secara  aktif  di  luar  bilik  darjah  seiring  dengan  Falsafah
               Pendidikan Negara iaitu seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
               dan  sosial.  Kecemerlangan  kokurikulum  dalam  melahirkan  kemenjadian

               murid secara holistik.


               Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh unit kokurikulum
                   Kejohanan Merentas Desa   (13 Julai 2023)

                   Sukantara                                   (18 & 20 Julai 2023)
                   Perkhemahan Perdana Pasukan Badan Beruniform (5-7 September 2023)
                   Kejohanan Olahraga Tahunan                                    (13-14 September 2023)
                   Sambutan Hari Sukan Negara                                     (8 Oktober 2023)





               Pencapaian  murid  bagi  sesi  ini  pula  sangatlah  membanggakan  apabila  4
               orang  murid  telah  mewakili  sekolah  ke  peringkat  antarabangsa  dalam  3rd

               ICELAM  (International  Conference  on  Education  Leadership  and
               Management)  pada  2-5  Oktober  2023  di  Institut  Aminuddin  Baki,  Genting
               Highlands.



               Pada peringkat kebangsaan pula, 4 orang murid telah pun menjuarai kategori
               Bijak  Wang  dalam  Cabaran  Interaktif  Kelab  Pengguna  Sekolah  yang
               berlangsung di Sarawak.



               Kejohanan Olahraga MSSD Kota Bharu Selatan telah berjaya menggondol 9
               pingat  dengan  1  Emas,  5  Perak  dan  3  Gangsa.  Pencapaian  ini  merupakan
               rekod terbaik sekolah dalam tempoh 2 dekad.
















                                                                                                             57
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64