Page 13 - EMAJALAH KPI
P. 13

KEJIRANAN









         JIRAN merupakan salah satu watak penting dalam lakaran kehidupan kita. Kedudukan jiran juga
         diberikan perhatian penting dari sudut pandangan Islam.

         Berbuat baik kepada jiran dan menjadi jiran yang baik mempunyai kaitan dengan kualiti iman
         kita.  Kesempurnaan  iman  seseorang  bukan  hanya  bergantung  kepada  sejauh  mana
         hubungannya  dengan  ALLAH  SWT,  bahkan  ia  juga  dilihat  bagaimana  hubungannya  dengan
         manusia yang lain termasuk jiran terdekat.

         Agama Islam amat menitikberatkan perkara-perkara
          berkaitan dengan kejiranan. Hal ini banyak
          diingatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad
          SAW melalui hadith-hadithnya yang menyeru agar
          berbuat baik kepada jiran tanpa mengira agama,
         bangsa dan warna kulit.

         Secara jelas menunjukkan peripentingnya
         keharmonian dalam kejiranan sehingga
          meletakkannya sebagai salah satu daripada
          perkara-perkara yang perlu kita berbuat baik
          kepadanya

         Nabi Muhammad SAW bersabda:
         “Jibril  sentiasa  berpesan  kepadaku  agar  berlaku  baik  kepada  jiran  sehingga  aku  menyangka
         bahawa jiran akan boleh mewarisi hartaku.” (Riwayat al-Bukhari)

         Dalam Islam, jiran itu terbahagai kepada dua kategori iaitu jiran yang dekat dan jiran yang jauh.
         Suatu hari, datang seseorang kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana
         aku ingin berbuat baik kepada jiran sedangkan aku tidak mengetahui siapa jiranku?”. Jawab
         baginda, “Jiran kamu adalah 40 buah rumah di sekeliling kamu (tidak kira di kanan, kiri, depan
         mahupun belakang)”. Malah Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Makki menyatakan bahawa jiran itu
         adalah satu qariah.

         Terdapat  banyak  hikmah  yang  kita  akan  dapat  sekiranya  kita  hidup  berjiran  antaranya  ialah
         kehidupan  kita  akan  dipenuhi  kedamaian  dan  keharmonian  bertambah  erat.  Selain  itu,
         kehidupan  bermasyarakat  akan  diberkati  oleh  Allah  SWT.  Kehidupan  kita  juga  akan  lebih
         berkualiti.  Seterusnya  dengan  hidup  berjiran  akan  sentiasa  rasa  selesa  dan  mendapat
         pembelaan. Justeru itu, kemungkaran yang banyak berlaku pada zaman sekarang dapat dibasmi
         dengan mudah dengan adanya semangat kejiranan yang jitu. Selain itu, seandainya kita dalam
         kesusahan  jiran  yang  akan  meringankan  beban  kita.  Akhir  sekali,  dapat  menghakis  sifat
         individualistik dalam diri.
                                                                                                    9
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18