Page 28 - EMAJALAH KPI
P. 28

Syarat sah solat
               Solat lima waktu sehari semalam sekalipun adalah fardhu ain, namun ia terikat dengan
               empat syarat wajib mengikut kepada keadaan manusia itu sendiri:
               1. Islam
               Justeru ia tidak wajib ke atas orang bukan Islam yang asal (bukan murtad) di dunia,
               justeru tidak wajib menuntut mereka solat kerana tidak sah solat melainkan oleh orang
               Islam. Namun orang bukan Islam akan dituntut untuk bertanggungjawab terhadap solat di
               akhirat dan mereka akan diseksa kerana meninggalkan, lantaran mereka mencuaikan
               tanggungjawab untuk memeluk Islam semasa di dunia dan melakukan solat.
               Dalil kepada kenyataan di atas ialah firman Allah ﷻ:

                                                  ْ
                                               ْ
                                                                            ُ
                                                               ّ
               ﴾    ٤٥    ﴿  ٍٍَْ ِ عِئبَخنا ْ  ْ َ عي   َ    ُْ ضىُخَ َ    ب ُُكو َ  ﴾    ٤٤    ﴿ ٍٍَِْكْسًنا   ِ  ْ ُ ىِعطَُ  ْ    ْ ْ ىنو َ  ﴾   َ   ُكََ  ٤٣    ﴿  ٍٍَِْه َ صًُنا ْ  ٍَْي  ْ   ِ      ْ ْ ىَن   ُكََ  اىنبَق  ﴾    ٤٢    ﴿  ْ َ شَقس   َ  ًِف   ْ ْ ىُكَكَ  ب َ ي   هَس
               ﴾ ٤٧    ﴿  ٍٍُِْقٍَنا ْ  بَبَحأ َ   ْ   ى خح  ﴾   َ  ٤٦  ْ ِ ٌٍّ   ﴿    ِذنا ِْ وىٍَب  ُْة ّ   ْ ِ  ِزَكَُ   ب ُُكو
                        َ
                                                َ

               (Surah al-Muddatstsir : 42-47)

               Maksudnya: “(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah
               yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" Orang-orang yang bersalah
               itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan
               sembahyang; "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; "Dan kami
               dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama
               orang-orang yang memperkatakannya; "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
               "Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
               Manakala untuk orang yang murtad, maka hukum wajib solat ke atasnya tidak terangkat
               kerana kemurtadannya, bahkan dia wajib menqadhakan semua solat-solat yang dia tinggal
               semasa dia murtad setelah dia kembali kepada Islam, sebagai hukuman berat atas
               kesalahan dia murtad. Adapun solatnya sebelum murtad itu tidak wajib diqadha’kan.
               Dalilnya adalah firman Allah ﷻ:

                                          ُ
                             ُ
               ْ ِة َ ش ِ خ ْ َاو َ    بٍََُّْذنا   ًِف   ْ ْ ىُهنب َ ًْعأ َ    ْْ جَط ِ بح   َ  َْكِئ ـَنوأَف   ْ  شِفبَك   ْ ىُهو   ْْ جًٍََُف   ْ ِهٌُِِد  ٍع   َ    ْ ْ ىُكُي   ِ  ْ ْدِذَحشٌَ   ْ  ٍ َ يو
                                                                       َ
                                               َ َ

               (Surah al-Baqarah: 217)

               Maksudnya: “Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya
               (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak
               binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat”
               Kata ulama, ayat ini memperkaitkan rosak binasa amalan itu dengan dua syarat; murtad
               dan mati dengan amalan, maka amalan yang dikaitkan dengan dua syarat itu tidak akan
               binasa hanya sebab berlaku salah satu daripada dua syarat. Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh
               al-Syafie (1/153) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili.
               Adapun orang bukan Islam yang memeluk Islam, dia tidak perlu mengqadha’kan solat-
               solat yang dia tidak lakukan sewaktu kafir dahulu kerana itu akan menakutkannya untuk
               masuk Islam, bahkan Imam al-Nawawi berkata dalam al-Majmu` Syarh al-Muhadzdzab
               (3/4) bahawa amalan kebajikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam sebelum memeluk
                                                                                                   24
               Islam akan dianggap sebagai amalan yang diganjarkan pahala di akhirat kelak.
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33