Page 13 - penyiaran islam hehe
P. 13
Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan
kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan
ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing.
Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di
pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara
kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13
Mei 1969.Keadaan seperti ini menyebabkan hubungan atau
komunikasi antara kaum di Tanah Melayu menjadi terbatas
suatu ketika dahulu.
Bagi penjajah British keadaan seperti ini juga sudah
memadai bagi mengukuhkan kedudukan serta mengekalkan
kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah
berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan.
Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin
melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan
terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia.
Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini
akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei
1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak
puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya
dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk
memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza
juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei