Page 21 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
P. 21

Sekalipun barangan ekspot seperti



                                                 getah didapati sukar bagi kerajaan untuk



                                                 mengawal kestabilan harganya kerana



                                                 dipengaruhi oleh pasang surut pasaran



                                                 antarabangsa di mana ia turut



                                                 mempengaruhi kadar kemiskinan di kalangan



                                                 pekerja ladang contohnya naik daripada


                                                 40.0 peratus pada tahun 1970 kepada 47.0



                                                 peratus (1975), sebelum jatuh kepada 35.1



                                                 peratus (1980), kemudian meningkat semula



                                                 kepada 54.6 peratus (1983).







                                                     Berbalik kepada kadar kemiskinan di



                                                 kalangan penanam padi telah turun


                                                 daripada 88.1 peratus pada tahun 1970



                                                 kepada 77.0 peratus (1975), dan turun lagi



                                                 kepada 52.7 peratus (1980), tetapi ianya



                                                 meningkat semula kepada 54.0 peratus (1983).



                                                 Kadar penurunan yang nyata daripada



                                                 tahun 1970 adalah kesan daripada subsidi



                                                 yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya



                                                 peningkatan kos pengeluaran termasuk



                                                 kenaikan harga input-input pertanian


                                                 seperti baja dan racun menyebabkan



                                                 peratusnya meningkat semula.
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26