Page 34 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
P. 34
Perkauman antara etnik ini boleh dilihat secara tidak
langsung melalui politik mengikut etnik contohnya, UMNO,
MCA dan MIC, akhbar dan rancangan televisyen berlainan
bahasa mengikut etnik masing-masing. Politik mengikut
kaum ini lebih menjurus untuk mempertahankan dan
memperjuangkan hak untuk kaum masing-masing.
Walaupun terdapat juga politik bukan berasaskan
perkauman, tetapi jika dilihat kepada masyarakat
berbilang kaum, mereka lebih cenderung untuk
mengekalkan identiti masing-masing serta
mempertahankan nilai, budaya dan idea yang berbeza di
antara kelompok masyarakat. Hal ini kerana, masing-
masing cuba memaparkan nilai mereka sendiri kepada
masyarakat lain yang berlainan agama, budaya, bahasa
dan etnik. Sebagai contoh, orang cina sukar memilih wakil
dari kalangan orang melayu dan orang melayu sukar
memilih wakil dari kalangan kaum India dan cina kerana
kaum cina sehingga kini masih sukar menyelami budaya
melayu yang sebenar begitu juga orang melayu yang
masih ragu-ragu dengan kejujuran kaum cina. Hal ini
disebabkan mereka masih kabur tentang latar belakang
budaya dan sejarah antara mereka.