Page 5 - C:\Users\HP\Documents\Flip PDF Professional\HARI KURIER NEGARA 2024 (1)\
P. 5

ANUGERAH PROGRAM


       PENARAFAN BINTANG MYKURIER



     Program penarafan Bintang MyKURIER adalah inisiatif Kerjasama Forum Pos—sebuah
     badan  kawal  selia  kendiri  yang  ditubuhkan  oleh  Suruhanjaya  Komunikasi  dan
     Multimedia Malaysia (SKMM)—dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan
     Jalan Raya Malaysia (MIROS).
     Inisiatif  penilaian bintang ini direka untuk meningkatkan prestasi, keselamatan, dan
     standard perkhidmatan dalam industri pos dan kurier Malaysia. Dengan MyKURIER,
     pengguna  dapat  membuat  pilihan  yang  lebih  tepat  dengan  informasi  yang  ada
     tentang syarikat kurier berdasarkan penilaian bintang yang diterima.

     MyKURIER menggunakan sistem penilaian bintang yang inovatif untuk menyediakan
     kerangka  bagi  mengukur  dan  meningkatkan  komponen  utama  seperti  pengurusan,
     keselamatan,  pengalaman  pelanggan,  ‘Alam  Sekitar,  Sosial,  dan  Tadbir  Urus’  (ESG),
     serta penggunaan teknologi. Penyertaan MyKURIER adalah secara sukarela.
                    SENARAI PENERIMA ANUGERAH MYKURIER



        Pos Malaysia Berhad                    Skynet Worldwide (M) Sdn Bhd
                                                                                      PENYERTAAN



        GD Express Sdn Bhd                     Flash Malaysia Express Sdn Bhd
                                                                                            PENYERTAAN



        City-Link Express (M) Sdn Bhd          Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd
                                                                                      PENYERTAAN



        Ninja Logistics Sdn Bhd                ABX Express (M) Sdn Bhd
                                                                                     PENYERTAAN



        J&T Express (Malaysia) Sdn Bhd)        M Xpress Sdn Bhd
                                                                                     PENYERTAAN
   1   2   3   4   5   6   7   8