Page 19 - PANDUAN DAN PERATURAN DISIPLIN KTESI 2020
P. 19
Menjemput Penceramah Luar/ Agensi
1. Kebenaran daripada Pengetua hendaklah diperoleh terlebih
dahulu sekiranya penceramah adalah dari Kementerian
jabatan kerajaan dan Institusi pendidikan Kerajaan.
2. Sekiranya penceramah bukan daripada Kementerian
Pendidikan , kelulusan mesti diperoleh terlebih dahulu
daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.
3. Tajuk dan isi ceramah hendaklah bersesuaian dengan tujuan
dan objektif kelab/ persatuan yang menjemput dan tidak
bercanggah dengan peraturan Kementerian Pendidikan dan
undang undang negara.
4. Semasa ceramah/syarahan diadakan , guru yang berkenaan
mesti hadir bersama-sama dan laporan hendaklah
didokumentasikan.