Page 2 - AKTA MAKANAN 63
P. 2

1/16/2020                                              LawNet Malaysia




                                                     AKTA 281


                                          Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
                                           BAHAGIAN V - PERUNTUKAN PELBAGAI



             Seksyen 33. Kuasa untuk mengkompaun

             (1) Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang diberi kuasa oleh Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis
             Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan boleh kompaun yang dilakukan oleh mana-mana orang dengan
             membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu dan dengan mengutip daripada orang itu suatu amaun yang tidak
             melebihi lima puluh peratus amaun maksimum denda bagi kesalahan yang dilakukan itu.
             (2) Apa-apa pembayaran kompaun di bawah seksyen ini hendaklah dibuat di tempat yang dinyatakan dalam notis di
             bawah  seksyen  32B  dan  dalam  tempoh  yang  dinyatakan  dalam  notis  itu  atau,  dalam  hal  jika  pelanjutan  tempoh
             diberikan, dalam tempoh itu.

             [Gan. Akta A1266:s.33(1)(2)]
             (3) Jika suatu kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen (1) —


                   (a)  tiada  pendakwaan  boleh  selepas  itu  dimulakan  berkenaan  dengan  kesalahan  itu  terhadap  orang  yang
                   kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan itu dibuat; dan
                   (b)  apa-apa  makanan  atau  perkakas  yang  disita  hendaklah  dilucuthakkan,  dimusnahkan  atau  dipulangkan
                   kepada  orang  itu,  sebagaimana  yang  difikirkan  patut  oleh  Pengarah  atau  pegawai  diberi  kuasa  selepas
                   mengambil kira sifat kesalahan itu dan keadaan makanan atau perkakas itu, dan tiada prosiding selanjutnya
                   boleh diambil berkenaan dengan makanan itu.


             (4)  Semua  jumlah  wang  yang  diterima  oleh  Pengarah  atau  pegawai  diberi  kuasa  di  bawah  seksyen  ini  hendaklah
             dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

             (5) dipotong oleh Akta A1266



             [Gan. Akta A1117:s.33]




































      https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=333964                    1/2
   1   2   3   4   5   6   7