Page 2 - AKTA MAKANAN 83
P. 2
1/16/2020 LawNet Malaysia
AKTA 281
Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
BAHAGIAN V - PERUNTUKAN PELBAGAI
Seksyen 33. Kuasa untuk mengkompaun
(1) Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang diberi kuasa oleh Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis
Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan boleh kompaun yang dilakukan oleh mana-mana orang dengan
membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu dan dengan mengutip daripada orang itu suatu amaun yang tidak
melebihi lima puluh peratus amaun maksimum denda bagi kesalahan yang dilakukan itu.
(2) Apa-apa pembayaran kompaun di bawah seksyen ini hendaklah dibuat di tempat yang dinyatakan dalam notis di
bawah seksyen 32B dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau, dalam hal jika pelanjutan tempoh
diberikan, dalam tempoh itu.
[Gan. Akta A1266:s.33(1)(2)]
(3) Jika suatu kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen (1) —
(a) tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang
kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan itu dibuat; dan
(b) apa-apa makanan atau perkakas yang disita hendaklah dilucuthakkan, dimusnahkan atau dipulangkan
kepada orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pengarah atau pegawai diberi kuasa selepas
mengambil kira sifat kesalahan itu dan keadaan makanan atau perkakas itu, dan tiada prosiding selanjutnya
boleh diambil berkenaan dengan makanan itu.
(4) Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengarah atau pegawai diberi kuasa di bawah seksyen ini hendaklah
dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
(5) dipotong oleh Akta A1266
[Gan. Akta A1117:s.33]
https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=333964 1/2