Page 3 - MANUAL PENGGUNA
P. 3
1. PENGENALAN
Manual ini adalah panduan kepada pengguna Sistem eShare, Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Sabah.
Sistem eShare merupakan satu aplikasi Pengurusan Rekod dan Data yang
dibangunkan bagi merekod, mengemaskini, mengumpul, menyimpan dan
berkongsi data secara maya dalam kalangan warga kerja JPPM Negeri Sabah.
Sistem ini dibangunkan sebagai alat pemacu jabatan dalam mengurus rekod,
data dan maklumat bagi tugas-tugas yang tidak melibatkan sistem eRoses
JPPM.
Terdapat dua cara untuk mengakses sistem ini iaitu pengguna dikehendaki
mendaftar akaun di Microsoft Onedrive menggunakan emel
peribadi sendiri (bukan emel jabatan); atau pengguna boleh menaip
link capaian sistem di ruang carian google.
Walau bagaimanapun, adalah disarankan agar pengguna mengakses sistem
menggunakan akaun Microsoft Onedrive untuk memastikan keselamatan data
dalam sistem lebih terjamin.
3