Page 12 - FREE PALESTINE (GROUP 1)
P. 12
MASJID AL-AQSA ,
sebenarnya, struktur kubah emas ini bukanlah
Masjid Al-Aqsa walaupun ramai di antara kita
yang tersalah anggap. Struktur ini adalah Dome of
the Rocks iaitu Kubah Batu dan ia berbeza dengan
Masjid Al-Aqsa. Kekeliruan ini berlaku kerana Dome of the Rock ini terletak
dalam kawasan Al-Aqsa berhampiran dengan masjid di situ. Sebenarnya
terdapat banyak masjid di tapak yang mana kita kenali sebagai Masjid Al-Aqsa
Kita cenderung menganggap Masjid Al-
Aqsa sebagai bangunan di sudut paling
selatan masjid ini dengan kubah
berwarna perak gelap tetapi sebenarnya
Itu adalah Masjid Qibli. Masjid ini dibina
Pada zaman Khalifah
Abdul Malik
bin
Marwan
dan disiapkan pada zaman Al-Walid bin
Abdul Malik.
Al-Aqsa seperti yang disebutkan dalam
Al-Quran merujuk kepada seluruh plaza di
Baitulmaqdis termasuk dengan masjid,
arena, gerbang, air pancut , Menara dan
banyak tanda keagamaan dan bersejarah
lainnya.
Seluruh tanah di sebalik dinding kompleks
ini dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa juga disebut
sebagai al-Haram as-Sharif. Masjid al-Aqsa
merupakan kiblat yang pertama semenjak agama Islam diwahyukan kepada
Nabi Muhammad S.A.W di Mekah . Nabi Muhammad dan para sahabat R.A
menunaikan solat berkiblatkan Masjid Al-
Aqsa ketika mereka berada di Mekah
semenjak wujudnya kewajipan solat fardu
lima kali sehari pada peristiwa Israa dan
Mikraj yang berlaku pada tahun tiga tahun
sebelum hijrah. 11
,