Page 14 - LAPORAN MAT KE-42 KOP PUO IPOH BHD
P. 14
6. LAPORAN TAHUNAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI POLITEKNIK UNGKU
OMAR IPOH BERHAD BAGI TAHUN KEWANGAN DARI 1 SEPTEMBER 2018 HINGGA
31 OGOS 2019
1.0 PENDAHULUAN
Koperasi Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan dan didaftarkan dibawah Ordinan Koperasi-
Koperasi Bilangan 33 tahun 1948 Koperasi Politeknik Ungku Omar atau ringkasnya “KOOP
POLITEKNIK” pada 22 Januari 1977. Seperti lain-lain koperasi, Koperasi Politeknik Ungku Omar
Berhad ini juga digerak dan ditadbirkan sepertimana kehendak-kehendak dan prinsip-prinsip
koperasi yang berteraskan “SATU UNTUK SEMUA DAN SEMUA UNTUK SATU”. Sejak
ditubuhkan, perkembangannya amatlah pesat dan sehinggalah kepada keadaannya yang ada
sekarang.
Pada tarikh 8 Julai 2009 nama Koperasi Politeknik Ungku Omar Berhad telah ditukar kepada
Koperasi Politeknik Ungku Omar Ipoh Berhad berdasarkan persetujuan ahli dalam Mesyuarat Agung
tahunan kali ke 31. Bagi tahun berakhir 31 Ogos 2009 Anggota Lembaga Koperasi Politeknik Ungku
Omar Ipoh Berhad telah menjalankan tugas yang diamanahkan oleh ahli-ahli Koperasi seperti yang
tercatat di dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil Koperasi. Disamping mengekalkan
sistem pentadbiran yang sedia ada, banyak perubahan telah diambil oleh pihak lembaga sesuai
dengan ‘era baru’ koperasi untuk turut serta menjayakan wawasan negara.
2.0 PENGURUSAN MESYUARAT LEMBAGA
Sepanjang tahun perakaunan dari 1 September 2018 hingga 31 Ogos 2019 pihak lembaga telah
mengadakan mesyuarat sebanyak 3 kali yang telah diadakan pada tarikh-tarikh seperti yang
tercatat: 17 Mei 2019, 29 Mei 2019 dan 14 Jun 2019. Walaubagaimanapun pihak Pengurusan
yang diketuai oleh Pengerusi telah pun menjalankan beberapa mesyuarat kecil bersama-sama
Anggota Lembaga (Pengurusan) pada setiap bulan bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan
perlaksanaan pengurusan koperasi.
3.0 KEAHLIAN
Bermula sesi pengambilan Jun 1992/93, semua pelajar adalah diwajibkan menjadi ahli Koperasi
Politeknik Ungku Omar Berhad. Ini bermakna kesemua pelajar yang belajar di Politeknik Ungku
Omar kini adalah ahli Koperasi. Kini 560 orang kakitangan PUO menjadi ahli Koperasi. Sehingga
kini jumlah ahli yang berdaftar di koperasi sehingga September 2019 adalah seramai 6935 orang ahli.
Page | 12