Page 5 - LAPORAN MAT KE-42 KOP PUO IPOH BHD
P. 5

2.  KATA-KATA ALUAN PENGERUSI KOPERASI POLITEKNIK UNGKU OMAR IPOH
                       BERHAD

               Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

               Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat
               saya menyampaikan sepatah dua kata dalam buku Laporan Tahunan Mesyuarat Agung Koperasi
               Politeknik Ungku Omar Ipoh Berhad, sempena Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 41 ini.

               Kecemerlangan  sesebuah  koperasi  amat  bergantung  kepada  sejauh  mana  komitmen  yang
               diberikan  oleh  seluruh  Anggota  Lembaga  serta  pihak  pengurusan  dalam  mentadbir  dan
               menguruskan koperasi. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah ditujukan kepada barisan
               Anggota  Lembaga  Koperasi  dan  Anggota  Jawatankuasa  Pengurusan  kerana  telah  memberi
               komitmen  dan  kerjasama  yang  tinggi  di  dalam  memantapkan  perjalanan  Koperasi  PUO  Ipoh
               Bhd.  Semua  anggota  koperasi  yang  terdiri  daripada  kakitangan  PUO  dan  pelajar-pelajar
               merupakan penggerak utama kejayaan Koperasi PUO Ipoh Berhad.

               Kerajaan  melihat  koperasi  bukan  sahaja  sebagai  satu  pertubuhan  yang  dapat  meningkatkan
               sosioekonomi  anggota-anggotanya  malah  dapat  membantu  serta  menyokong  ke  arah
               pembangunan  ekonomi  negara.  Tangggungjawab  Anggota  Lembaga  terhadap  tadbir  urus
               koperasi  amat  penting  pada  hari  ini  untuk  menggerakkan  aktiviti-aktiviti  koperasi  yang  boleh
               menjurus ke arah pencapaian matlamat ini.

               Perubahan akan sentiasa berlaku dan cabaran akan sentiasa datang, oleh itu komitmen dan dan
               iltizam  haruslah  berterusan  untuk  kita  ssemua  menerokai  pendekatan  dan  kekayaan-kekayaan
               baru yang terdapat di sekililing kita. Saya percaya, setiap langkah kecil yang diambil ke arah
               keabaikan akan mencapai kejayaan dan keredhaan Allah S.W.T.

               Dengan  adanya  sokongan  padu  sepanjang  masa  daripada  semua  pihak,  saya  percaya  koperasi
               dapat  mencapai  matlamat  untuk  memajukan  sesebuah  masyarakat  dan  Negara.  Kemajauan
               Koperasi PUO Ipoh Berhad adalah kemajuan bagi semua warga Politeknik Ungku Omar.

               Sekian, terima kasih.


               “SELAMAT MAJU JAYA”







               (JUHAIDIE ZAMANI BIN JAMALUDIN)
               Pengerusi Koperasi Politeknik Ungku Omar Ipoh Berhad










               Page | 3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10