Page 3 - KHUTBAH AIDILFITRI
P. 3
Khutbah Aidilfitri 24 Mei 2020 “KEGEMBIRAAN DALAM KEPAYAHAN”
[Jabatan Agama Islam Perak]
Tanpa diduga, kehendak Allah mengatasi semua perancangan makhluk.
Tahun 2020 yang diharap penuh kemakmuran, ditimpa musibah penyebaran virus
Covid-19 sejak beberapa bulan lalu. Seluruh dunia mencatatkan jutaan manusia
dijangkiti dengan ratusan ribu kematian. Semua negara mengambil langkah berhati-
hati dengan pelbagai kaedah termasuk negara kita yang menguatkuasakan perintah
kawalan pergerakan.
Kini, kita meneruskan kehidupan dengan normal baru. Masjid dan surau
terpaksa ditutup sementara demi mengelakkan virus berterusan mendapat tempat
baru dan berkembang. Kita menyambut Ramadan tanpa iftar beramai-ramai, solat
tarawih tanpa kemeriahan jaluran saf yang memenuhi ruang. Sambutan Hari Raya
juga solat solat sunat di masjid dan surau dengan bilangan yang terhad. Tiada
kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara di samping menjaga jarak antara satu
sama lain.
ْ َ
ْ َ
ه ْ
ر
دمحلا للو ُبَكأ الله ،ُبَكأ ُالله ، ر ْ َ ُالله ُبَكأ
ر ُ
ْ ر
ر
Sebagai hamba Allah yang beriman, perkara pertama yang mesti
didahulukan apabila ditimpa musibah adalah mengingati Allah. Firman Allah SWT:
ﱨ ﱧ ﱦ ﱥ ﱤ ﱣ ﱢ ﱡ ﱠ ﱟ ﱞ
Maksudnya : (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan
(musibah), mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
kepada Allah jualah kami kembali. (Surah al-Baqarah ayat 156)
4
Kedua, kita hendaklah memperbanyakkan istighfar dan taubat. Segera tinggalkan
maksiat dan kezaliman termasuk maksiat dan kezaliman dalam muamalah
kehidupan seharian.
Ketiga, banyakkan berdoa agar Allah segera mengangkat bala yang menimpa kita.
Berdoalah dengan sepenuh hati kerana tiada yang dapat menghapuskan musibah
melainkan Dia.
2