Page 35 - SISIPAN, MINIT MESYUARAT, LAPORAN KEWANGAN PSSCM | MAP51
P. 35
USUL JAWATANKUASA PUSAT
KE MAP PSSCM KALI KE-51
USUL KEDUA :
Mengusulkan untuk meminda Perlembagaan Fasal 7.2 Perlembagaan PSSCM berhubung Mesyuarat Agung Perwakilan
dengan justifikasi berikut:
JUSTIFIKASI PINDAAN:
Untuk memberi pilihan kepada PSSCM memilih mekanisme untuk mengadakan MAP samada secara bersemuka atau
secara maya atau hibrid.
FASAL 7: MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN
ASAL
7.2 Mesyuarat Agung Perwakilan hendaklah diadakan setahun sekali pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pusat tetapi tidak lewat daripada 30hb. Jun sesuatu tahun. Kecuali di dalam hal-hal yang tidak
dapat dielakkan. Mesyuarat Agung Perwakilan boleh diadakan lewat dengan terlebih dahulu mendapat
kebenaran daripada pihak Pendaftar Pertubuhan.
PINDAAN TAMBAHAN
7.2 Mesyuarat Agung Perwakilan hendaklah diadakan setahun sekali pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pusat samada secara bersemuka atau hibrid atau apa-apa mekanisme yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Pusat tetapi tidak lewat daripada 30hb. Jun sesuatu tahun. Kecuali di dalam hal-hal yang tidak
dapat dielakkan. Mesyuarat Agung Perwakilan boleh diadakan lewat dengan terlebih dahulu mendapat
kebenaran daripada pihak Pendaftar Pertubuhan.
Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-51 PSSCM 33