Page 104 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 104

7.4.2  KURSUS   PENGURUSAN     &   PEMANTAPAN
          PROGRAM TUNAS CEKAK PSSCM

          Pada 4 Mei 2024 bersamaan hari Sabtu telah diadakan
          Kursus Pengurusan & Pemantapan Program  Tunas
          Cekak  Peringkat  Kebangsaan  2024  bertempat di Dewan
          Auditorium, Fakulti Perubatan Sains Kegunaan  (FPSK)
          Universiti  Sains Islam Malaysia  (USIM). Program ini ialah
          kerjasama  antara Jabatan Pendidikan  Sekolah  dengan
          kelas latihan PSSCM USIM. Pujian harus diberikan kepada
          pelajar-pelajar  PSSCM USIM  kerana berani menggalas
          tugas sebagai tuan rumah kepada program yang bertaraf
          kebangsaan ini.

          Seramai 200 orang ahli PSSCM dari seluruh negara telah
          hadir  menyertai  kursus  ini  demi  merealisasikan  hasrat
          YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama &
          Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia untuk Seni
          Silat Cekak Malaysia terus berkembang ke seluruh negara
          melalui program Tunas Cekak yang memfokuskan kepada
          kanak-kanak  berumur 7 hingga 12 tahun dengan  silibus
          yang bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara.

          Program ini dirasmikan oleh  Yang Berhormat Senator Dr.
          Zulkifli  bin  Hasan,  Timbalan  Menteri  di  Jabatan  Perdana
          Menteri (Hal Ehwal  Agama).  Turut hadir di program ini
          ialah  YM Datuk Haji Maideen  bin Kadir Shah dan juga
          YBhg. Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff Timbalan
          Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Sains Islam
          Malaysia.
          Majlis perasmian turut diserikan dengan persembahan demo
          Tunas  Cekak daripada  anak-anak kelas  Ubudiyah  Islamic
          School, Bandar Baru Bangi dan kelas latihan Putrajaya yang
          mendapat tepukan gemuruh daripada semua yang hadir.








































         70  Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109