Page 111 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 111

10.0 LAPORAN JABATAN PENYELIDIKAN DAN
                 PEMBANGUNAN

              10.1 Penyertaan Pembentangan Dalam Persidangan The
              15th Asian Conference On Education (ACE2023)

              Satu kertas kajian yang bertajuk A Transformative Figure
              in Malay Silat Through the Education of the Persatuan
              Seni Silat Cekak  Malaysia (PSSCM) (74473) telah
              dibentangkan  oleh  Ts.  Anis Suria binti  Mohd  Zainudin  di
              persidangan  The  15th  Asian Conference On  Education
              (ACE2023) yang berlangsung  di  Tokyo, Jepun pada hari
              Khamis, 23 November 2023, 2.30 petang (waktu Malaysia).
              Pembentangan  ini juga telah dilakukan  secara langsung
              (LIVE) melalui  Facebook  Page rasmi Persatuan  Seni
              Silat  Cekak Malaysia  Cawangan Perak. Penulis-penulis
              yang terlibat dalam menjayakan  kertas  kajian ini ialah
              Mohd  Azuwan  Maoinser,  Anis Suria Mohd Zainudin  dan
              Abdul Hazim  Abdullah.  Lanjutan daripada  penyertaan  ini,
              kertas kajian yang dibentangkan telah berjaya diterbitkan
              dalam Prosiding  The  Asian Conference on Education
              2023 (ISSN: 2186-5892) pada 13 Februari 2024 dan boleh
              diakses melalui laman sesawang  https://papers.iafor.org/
              proceedings/conference-proceedings-ace2023/







































                                                                10.2 Penyertaan  Pembentangan  dalam Persidangan
                                                                The 8th Southeast  Asia International Philanthropy
                                                                Conference 2023 (SEAIPC2023)

                                                                Satu kertas kajian yang bertajuk  The Role of PSSCM in
                                                                Nurturing Intellectual, Spiritual and Material Values:
                                                                A  Study  on  Malaysia Madani’s Principles  telah
                                                                dibentangkan dalam Persidangan The 8th Southeast Asia
                                                                International Philanthropy Conference 2023 (SEAIPC2023)
                                                                di Hotel Waterfront, Kuching,  Sarawak  oleh  Dr.  Ahmad



                                                           Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-52 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia  77
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116