Page 118 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 118

31 DISEMBER 2012

             Wanita Cekak PSSCM (WCP) telah ditubuhkan
             dan dipimpin oleh  YBhg.  Almarhumah Datin Hajah
             Roznida binti Ali Omar selaku Penaung WCP manakala
             Almarhumah  Puan Rozidah  binti Abdul Wahab selaku
             Pengerusi WCP yang pertama.

            12 DISEMBER 2016

             YBhg. Datin Firda Sewani binti  Abdul Rashid telah
             diisytiharkan  sebagai  Penaung  WCP yang  kedua
             manakala Puan Hajah Farimah binti Idon telah dilantik
             selaku Pengerusi WCP.

            19 NOVEMBER 2023

             WCP  telah diberi nafas baharu  dengan pelantikan
             barisan ahli jawatankuasa yang diketuai oleh Dr. Wan
             Norsyakila  binti  Wan Kamarudin sebagai  Pengerusi
             WCP bagi sesi 2024 – 2026.


         Pelantikan  ahli jawatankuasa  pada sesi yang baharu
         ini memperlihatkan  sedikit perubahan  dengan adanya
         penglibatan  daripada ahli-ahli  Wanita PSSCM  dari setiap
         cawangan negeri.                                  Bengkel ini telah berlangsung bermula jam 9 pagi sehingga

         Selari dengan hasrat YMDGU menyatakan bahawa wanita   1 petang.  Seramai 30 orang ahli wanita yang merupakan
         merupakan kesinambungan kekuatan dalam mengekalkan   wakil kelas WCP di sekitar Lembah Klang telah dipilih untuk
         keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan dunia dan   menyertai program ini.
         akhirat, seharusnya ahli-ahli wanita PSSCM juga diberikan
         tanggungjawab  agar  dapat  menjadi  penyokong  dan
         pendorong kepada kepimpinan Silat Cekak sedia ada serta
         menjadi  wadah  dalam  pembangunan  agama, bangsa  dan
         negara.




          12.3 BENGKEL PROTOKOL: PEMBENTUKAN IMEJ
          & ETIKET DI MEJA MAKAN

          Pada 29 Oktober 2023, Wanita Cekak PSSCM telah
          menganjurkan  program Bengkel Protokol: Pembentukan
          Imej & Etiket di Meja Makan.

          Tujuan penganjuran bengkel ini adalah untuk memberikan
          pendedahan  dan pengetahuan kepada para peserta
          mengenai  kepentingan  etiket dan protokol  dalam  sesuatu
          majlis  dan  juga  memperkenalkan kemahiran  asas ketika
          berada di meja makan dalam majlis-majlis rasmi agar dapat
          menyesuaikan  diri dengan  yakin dalam majlis tersebut.
          Ini secara tidak langsung  dapat meningkatkan  imej dan
          keterampilan seseorang khususnya ahli wanita PSSCM.




                                                                 Bengkel Protokol: Pembentukan Imej & Etiket
                                                                              Di Meja Makan


         84  Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123