Page 14 - [WEB] COFFEE TABLE A&P FARMASI 2021-2022_Neat
P. 14

8    Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi
               Kementerian Kesihatan Malaysia


        PENGENALAN                                                          meningkatkan ketelusan harga ubat di sektor swasta serta
                                                                            perolehan ubat yang menguntungkan kerajaan.
        Bahagian Amalan dan Perkembangan (A&P) Farmasi
        adalah salah satu bahagian di bawah Program                         Cawangan Pengurusan Farmasi Logistik
        Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
        Bahagian ini bertanggungjawab memastikan keperolehan                Menyelaras dan memantau keperluan dan perbelanjaan
        dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui                peruntukan, kontrak, pembekalan ubat-ubatan, aktiviti
        amalan farmasi yang berkesan bagi mempertingkatkan                  kesiapsiagaan dan pengurusan stor di fasiliti KKM dengan
        Perkhidmatan Farmasi di Malaysia supaya setanding                   memastikan pekeliling, tatacara serta peraturan berkuat
        dengan kemajuan perkembangan perkhidmatan farmasi                   kuasa dipatuhi.
        di negara-negara maju.
        Bahagian ini terdiri daripada lima (5) Cawangan utama               Cawangan Penggunaan Ubat Berkualiti
        yang diketuai oleh Pengarah A&P Farmasi, iaitu Cawangan             Memberikan pendidikan kepada orang awam berkaitan
        Penjagaan Farmaseutikal,  Cawangan Pengurusan Harga                 penggunaan  ubat  secara  berkualiti  serta  memastikan
        Ubat, Cawangan Pengurusan Farmasi Logistik, Cawangan                kesinambungan penjagaan kesihatan dan kepatuhan
        Penggunaan Ubat Berkualiti dan Cawangan Pengurusan                  pesakit kepada rawatan di dalam komuniti.
        Formulari.     Kelima-lima     Cawangan       ini   memainkan
        peranan yang berbeza dengan matlamat yang sama, iaitu
        menyediakan perkhidmatan farmasi yang terbaik kepada                Cawangan Pengurusan Formulari
        rakyat.                                                             Merancang polisi dan pelan tindakan berkaitan Formulari

                                                                            Ubat-ubatan Kementerian  Kesihatan Malaysia (FUKKM)
        OBJEKTIF BAHAGIAN                                                   atau ubat dengan kelulusan khas dalam usaha untuk
                                                                            meningkatkan akses terhadap ubat-ubatan bagi rakyat
            Memastikan  kebolehcapaian  berterusan  terhadap                Malaysia.
            ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan kos efektif.

            Memperkukuh penggunaan ubat-ubatan secara  Seksyen Koordinasi Amalan dan Perkembangan Farmasi
            berkualiti  dan  rasional  ke  arah  kesihatan  yang  lebih
            baik.                                                           Menguruskan, memantau dan menyelaraskan perihal
                                                                            keperluan peruntukan dan perbelanjaan Bahagian A&P
            Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal  Farmasi, pelaksanaan aktiviti kualiti & maklumat ubat,
            selaras dengan piawaian dan amalan terbaik.                     pengurusan  mesyuarat &  pelan tindakan  serta aduan,
                                                                            pertanyaan atau pelaporan yang berkaitan dengan
        FUNGSI UTAMA                                                        Bahagian A&P Farmasi.


        Cawangan Penjagaan Farmaseutikal
        Merancang, menyelaras, memantau dan memperkasakan
        aktiviti amalan penjagaan farmaseutikal yang menyeluruh
        di fasiliti KKM bagi memastikan penggunaan ubat-
        ubat secara  optimum  agar dapat  meningkatkan kualiti
        penyampaian perkhidmatan kepada pesakit.


        Cawangan Pengurusan Harga Ubat

        Mengurus aktiviti pemantauan, analisis dan penetapan
        harga ubat-ubatan untuk mendapatkan harga patut bagi
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19