Page 9 - [WEB] COFFEE TABLE A&P FARMASI 2021-2022
P. 9
Sekapur Sireh 3
Pengarah Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi
Sekapur Sireh
PENGARAH KANAN PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI
Assalammualaikum wbt. dan Salam Malaysia Madani,
Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Bahagian Amalan & Perkembangan
Farmasi (BAPF), KKM atas usaha dan dedikasi mereka untuk menerbitkan Coffee Table BAPF
2021-2022 ini. Penerbitan sebegini merupakan dokumentasi penting sebagai bahan rujukan dan
pembacaan yang merakam pencapaian dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Bahagian
Amalan & Perkembangan Farmasi sepanjang tahun 2021 dan 2022.
Sebagai salah satu aktiviti utama di bawah Program Perkhidmatan Farmasi, Bahagian Amalan &
Perkembangan Farmasi bertanggungjawab memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-
ubatan yang berkualiti melalui amalan farmasi yang cemerlang demi menzahirkan peningkatan
kesihatan rakyat. Komitmen yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai di fasiliti kesihatan KKM
seluruh Malaysia dalam menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan sangat
dihargai agar perkembangan perkhidmatan farmasi di Malaysia setanding dengan negara-negara
maju.
Semoga usaha murni ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan seiring dengan keperluan
semasa rakyat dan negara bagi mencapai ke arah kesihatan yang lebih baik.
Sekian, terima kasih.
YBrs. Puan Norhaliza binti A. Halim
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia