Page 11 - [WEB] COFFEE TABLE A&P FARMASI 2021-2022
P. 11
Sekapur Sireh 5
Pengarah Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi
Sekapur Sireh
PENGARAH BAHAGIAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI
Assalamualaikum wbt. dan Salam Malaysia Madani,
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, Bahagian Amalan &
Perkembangan Farmasi (BAPF) KKM telah berjaya menerbitkan buku Coffee Table BAPF 2021-2022
yang pertama di Bahagian ini. Buku ini merekodkan pelbagai aktiviti dan pencapaian yang berlaku
sepanjang tahun 2021 dan 2022. Aktiviti dan pencapaian ini adalah usaha berterusan warga BAPF
ke arah pelaksanaan pelan tindakan dan pelan strategik Program Perkhidmatan Farmasi 2021-2025
yang menjadi peneraju utama bagi mencapai objektif BAPF iaitu:
• Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan kos
efektif.
• Memperkukuh penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang
lebih baik.
• Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan amalan
terbaik.
Syabas dan tahniah kepada semua warga BAPF KKM dan juga semua anggota farmasi di fasiliti-
fasiliti KKM yang telah mencurahkan tenaga dan keringat serta usaha yang berterusan melalui
perkongsian tanggungjawab yang strategik dan penyampaian perkhidmatan amalan farmasi yang
terbaik dalam memastikan profesyen farmasi sentiasa di tahap yang tertinggi.
Ini merupakan penerbitan khas yang mengumpulkan bahan-bahan dari Januari 2021 hingga
Disember 2022 sahaja dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan saya di Bahagian ini. Buku
ini diterbitkan secara santai agar mudah meresapi para pembaca dengan paparan gambar dan
maklumat yang ringkas.
Adalah diharapkan agar penerbitan ini akan menjadi agenda tetap BAPF setiap tahun sebagai
rujukan dan penyampaian maklumat kepada pembaca.
Sekian, terima kasih.
YBrs. Puan Fuziah binti Abdul Rashid
Pengarah Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia