Page 35 - BUKU SAMBUTAN AWAL MUHARAM 1445H | HARI TENAGA PENGAJAR KE-36 2023_Neat
P. 35

PANTUN SILAT CEKAK


                         Lahirnya Cekak kerana kesedaran          Taat ke guru membawa berkat
                         bukan bermusuh sebagai tujuan            sedikit belajar banyak yang dapat
                         untuk mendaulatkan seni kebangsaan       jika menderhaka menjadi mudarat
                         mensesuaikan dengan makna                semua ilmu tiada yang lekat
                         kemerdekaan
                                                                  Sebenar guru ada hakikat
                         Silat Cekak benar-benar asli             dikuat pula amalan syariat
                         tidak bercampur hak luar negeri          ditambah pula ilmu makrifat
                         hendaklah belajar bersungguh hati        berpakaian pula dengan isyarat
                         untuk menjaga diri sendiri
                                                                  Dua ibu bapa tak boleh derhaka
                         Silat Cekak tersangatlah mudah           besar jasanya kepada kita
                         bagi mereka yang mendapat hidayah        kalau menderhaka bahaya menimpa
                         sungguhpun begitu hendaklah tabah        di akhirat kita masuk neraka
                         InsyaAllah mendapat faedah
                                                                  Wajiblah menjaga diri sendiri
                         Silat Cekak pada lahirnya                menerima amanah Tuhan Rabbi
                         pengertian gerak pada batinnya           supaya menjadi mukmin sejati
                         hendaklah mahir seluruh anggota          demi menegak Islam yang suci
                         hendaklah jujur pada jiwanya


                         Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan
                       bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih
                          menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam.

                       Pantun di atas telah diterbitkan oleh PSSCM secara rasmi melalui majalah Suara Cekak 1 (1975) dan
                                                    Suara Cekak 2 (1976).




                                               LAGU WARISAN MUTLAK


                                             Dengan jiwa yang mulia kita bersatu
                                                 Pusaka Melayu dipelihara
                                                 Silat Cekak warisan mutlak
                                                   Seni kebudayaan kita


                                               Berusaha sentiasa kita bersedia
                                                  Diri sendiri perlu dijaga
                                                 Silat Cekak warisan mutlak
                                                Mari bersama kita jayakannya

                                                          Korus:
                                               Dengan guru yang ada hakikat
                                                    Serta amalan syariat
                                                Tambah dengan ilmu makrifat
                                                Munafaatnya sungguh hebat

                                             Penuh azam mencapai matlamat kita
                                              Mempertahankan kedaulatannya
                                                 Silat Cekak warisan mutlak
                                              Demi agama, bangsa dan negara



                                            Lagu dan Lirik oleh Johari Salleh (1990)
   30   31   32   33   34   35   36