Page 4 - BUKU SAMBUTAN AWAL MUHARAM 1445H | HARI TENAGA PENGAJAR KE-36 2023_Neat
P. 4

PERUTUSAN

                                    GURU UTAMA & PRESIDEN
                                    PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA











           Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan kehendak-Nya, dengan izin-Nya dengan syafaat Kekasih-Nya, Junjungan
           Besar Nabi Muhammad SAW, dengan berkat Guru-Guru serta karamah dan hikmah kedua ibu bapa, maka dapatlah
           kita pada tahun ini menyambut Sambutan Awal Muharam 1445 Hijrah dan Sambutan Hari Tenaga Pengajar Persatuan
           Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).
           Kita bersyukur pada Sambutan Awal Muharam 1445 Hijrah kali ini dapat kita berkumpul bersama dan bersatu di
           Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban, Negeri Sembilan. Sambutan Awal Muharam 1445 Hijrah seperti rutinnya,
           kita sama-sama mengadakan majlis Sambutan Awal Muharam dengan pengisian Berzanji, Marhaban, Qasidah &
           Burdah. Ini merupakan didikan Guru-Guru kita supaya kita sentiasa ingat dan kasih kepada Junjungan Besar Nabi
           Muhammad SAW. Amatlah disarankan kepada semua ahli khususnya barisan Tenaga Pengajar untuk sentiasa memuji
           dan memuliakan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan menghayati peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW.
           Perkembangan Seni Silat Cekak Malaysia yang bermula pada 28 Disember 1965 telah digerakkan hasil pengorbanan
           masa, tenaga dan wang ringgit oleh seluruh Tenaga Pengajar. Komitmen berterusan barisan Tenaga Pengajar pada
           hari ini telah menggerakkan aktiviti Seni Silat Cekak Malaysia di pelbagai peringkat termasuk di 71 buah IPTA/IPTS
           dan 33 buah Sekolah Menengah/Rendah dan Agama. Pada tahun ini juga satu Kelas Latihan luar negara iaitu di
           Malaysia Hall Sydney, Australia akan dibuka.

           Tahun  baharu  Hijrah dipilih  untuk  memperbaharui  tauliah  mengajar setiap  Tenaga Pengajar sebagai simbolik
           keazaman Tenaga Pengajar mempertingkatkan iltizam mengembangkan Seni Silat Cekak Malaysia. Di samping itu,
           perbaharuan secara tahunan ini adalah bagi mengekalkan keaslian Seni Silat Cekak Malaysia. Pada tahun ini, PSSCM
           mempunyai 884 Tenaga Pengajar bagi proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) silibus Seni Silat Cekak Malaysia.

           Tidak terhad kepada PdP silibus Seni Silat Cekak Malaysia, barisan  Tenaga Pengajar hendaklah melengkapkan
           diri dengan kemahiran bersilat dan juga kemahiran insaniah. PSSCM telah menyediakan medium kepada Tenaga
           Pengajar agar mahir bersilat melalui  pengenalan Kursus  Sijil Menengah Akademik dan juga Kurus  Lanjutan  Sijil
           Menengah Anugerah Guru Utama. Selain itu, barisan Tenaga Pengajar juga ialah barisan hadapan perlu berupaya
           dalam menyampaikan fakta sebenar berkaitan Seni Silat Cekak Malaysia dan PSSCM kepada masyarakat agar ianya
           tidak dipesongkan.

           Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada barisan Jawatankuasa Pelaksana dan yang
           dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Safaran bin Haji Ahmad, Naib Presiden 2 merangkap Pengerusi Persilatan
           PSSCM  yang turut  dibantu  oleh  Ahli  Jawatankuasa  dari PSSCM  Cawangan Selangor dan tuan  rumah  PSSCM
           cawangan Negeri Sembilan, atas kesungguhan dan usaha menjayakan program Sambutan Awal Muharam 1445
           Hijrah dan Sambutan Hari Tenaga Pengajar Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) pada kali ini. Terima kasih
           juga  kepada  barisan kepimpinan  di peringkat  Pusat  dan Cawangan Negeri serta  Tenaga-Tenaga Pengajar  yang
           meneruskan perjuangan PSSCM sebagaimana pengorbanan Guru-guru Silat Cekak.

           Sekian, terima kasih.
           Hijrah Bersama PSSCM  |  Silat Diraja Bangsa Berdaulat  |  Bersama dan Bersatu

           Yang ikhlas,







           YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH (PMW, BCM)
           Guru Utama & Presiden
           Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

          2  SAMBUTAN AWAL MUHARAM 1445H | HARI TENAGA PENGAJAR KE-36 2023
   1   2   3   4   5   6   7   8   9