Page 118 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM
P. 118
31 DISEMBER 2012
Wanita Cekak PSSCM (WCP) telah ditubuhkan
dan dipimpin oleh YBhg. Almarhumah Datin Hajah
Roznida binti Ali Omar selaku Penaung WCP manakala
Almarhumah Puan Rozidah binti Abdul Wahab selaku
Pengerusi WCP yang pertama.
12 DISEMBER 2016
YBhg. Datin Firda Sewani binti Abdul Rashid telah
diisytiharkan sebagai Penaung WCP yang kedua
manakala Puan Hajah Farimah binti Idon telah dilantik
selaku Pengerusi WCP.
19 NOVEMBER 2023
WCP telah diberi nafas baharu dengan pelantikan
barisan ahli jawatankuasa yang diketuai oleh Dr. Wan
Norsyakila binti Wan Kamarudin sebagai Pengerusi
WCP bagi sesi 2024 – 2026.
Pelantikan ahli jawatankuasa pada sesi yang baharu
ini memperlihatkan sedikit perubahan dengan adanya
penglibatan daripada ahli-ahli Wanita PSSCM dari setiap
cawangan negeri. Bengkel ini telah berlangsung bermula jam 9 pagi sehingga
Selari dengan hasrat YMDGU menyatakan bahawa wanita 1 petang. Seramai 30 orang ahli wanita yang merupakan
merupakan kesinambungan kekuatan dalam mengekalkan wakil kelas WCP di sekitar Lembah Klang telah dipilih untuk
keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan dunia dan menyertai program ini.
akhirat, seharusnya ahli-ahli wanita PSSCM juga diberikan
tanggungjawab agar dapat menjadi penyokong dan
pendorong kepada kepimpinan Silat Cekak sedia ada serta
menjadi wadah dalam pembangunan agama, bangsa dan
negara.
12.3 BENGKEL PROTOKOL: PEMBENTUKAN IMEJ
& ETIKET DI MEJA MAKAN
Pada 29 Oktober 2023, Wanita Cekak PSSCM telah
menganjurkan program Bengkel Protokol: Pembentukan
Imej & Etiket di Meja Makan.
Tujuan penganjuran bengkel ini adalah untuk memberikan
pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta
mengenai kepentingan etiket dan protokol dalam sesuatu
majlis dan juga memperkenalkan kemahiran asas ketika
berada di meja makan dalam majlis-majlis rasmi agar dapat
menyesuaikan diri dengan yakin dalam majlis tersebut.
Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imej dan
keterampilan seseorang khususnya ahli wanita PSSCM.
Bengkel Protokol: Pembentukan Imej & Etiket
Di Meja Makan
84 Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia