Page 86 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM
P. 86

pelbagai  kaum, kategori masyarakat dan peringkat umur   1.8.3 Majlis Berbuka Puasa Bersama Setiausaha Politik
          berjaya  menyemarakkan  semangat perpaduan  seiring   Kanan Kepada YAB Perdana Menteri
          dengan konsep Madani negara.
                                                           3 April 2024
                                                           Bangunan Silat Cekak, Kuala Lumpur

                                                           Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) merakamkan
                                                           penghargaan kepada YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar
                                                           Mohd Akin, Setiausaha Politik Kanan Kepada YAB Perdana
                                                           Menteri atas kesudian hadir ke Bangunan  Silat Cekak,
                                                           Sentul, Kuala Lumpur pada 3 April 2024. PSSCM diketuai
                                                           oleh En.  Safaran Haji Ahmad, Naib Presiden 2 bersama-
                                                           sama Jawatankuasa  Pusat (JKP)  menyambut kehadiran
                                                           YBhg. Datuk Seri.

                                                           Bangunan  Silat Cekak  (Ibu Pejabat  Pentadbiran  PSSCM)
                                                           amat sinonim dengan  YAB  Perdana Menteri, kerana
                                                           telah dirasmikan sendiri  oleh  YAB Perdana  Menteri pada
                                                           21 Februari 1985 (ketika itu sebagai Menteri Pertanian).

                                                           Majlis bermula jam 6.00 petang dengan taklimat ringkas
                                                           perkembangan  PSSCM dan seterusnya  sesi bertukar
                                                           pandangan.  YBhg.  Datuk Seri  turut  bersama berkongsi
                                                           hasrat Kerajaan Malaysia dalam mengisi Gagasan Malaysia
          1.8.2 Jalinan Kerjasama PSSCM Bersama Al Madrasah
               Al Imaniah, Yala, Thailand                  MADANI. Seterusnya diadakan Majlis Berbuka Puasa dan
                                                           diakhiri dengan Solat Maghrib berjemaah.
          28 Februari 2024
          Bangunan Silat Cekak, Kuala Lumpur


          PSSCM telah menerima  kunjungan  hormat daripada
          Delegasi  Pengurusan  Al Madrasah  Al Imaniah (Satthpiya
          School), Yala, Thailand. Delegasi pihak Madrasah diketuai
          oleh YBrs. En. Mohd Kadafee Abdullah Samateh, Pengarah
          Madrasah bersama lima (5) orang pengurusan Madrasah.
          Delegasi telah disambut sendiri oleh YM Datuk Haji Maideen
          bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM dan lain-
          lain Jawatankuasa Pusat.

          Hasrat delegasi  adalah  untuk memasukkan  aktiviti silat
          dalam  silibus  Kokurikulum  Madrasah  sebagai  pengisian
          utama pembangunan modal insan pelajar.

          PSSCM  merakamkan penghargaan kepada Delegasi
          Madrasah atas kesudian menjalin hubungan persaudaraan
          bersama PSSCM dan memilih Silat Cekak sebagai pengisian
          Kokurikulum silibus Madrasah.





















         52  Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91