Page 121 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 121
Penutup
Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah
Dalam Norma Baharu 2.0 ini diharap dapat memastikan pengurusan dan
pengoperasian sekolah serta proses PdP berjalan dengan lancar.
JPN dan PPD hendaklah memantau pelaksanaan pengurusan sekolah
di negeri dan daerah masing-masing bagi memastikan pematuhan
kepada garis panduan ini. Pihak sekolah dinasihatkan untuk
menghubungi PKD bagi mendapatkan maklumat mengenai keadaan
jangkitan COVID-19 di daerah masing-masing.
Sekiranya kerajaan mengisytiharkan sekolah ditutup semula kerana PKP,
maka JPN dan PPD perlu memastikan pihak sekolah melaksanakan
PdPR sepanjang tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, setelah tamat
tempoh PKP, pengurusan dan pengoperasian semula sekolah masih
tertakluk kepada garis panduan ini.
115