Page 61 - MINIT MESYUARAT AGUNG KOFKEL 23_flip book_Active
P. 61
D-4-0237
2. DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
(g) Kemerosotan nilai aset
Nilai aset yang dibawa disemak pada tarikh penyata kedudukan kewangan untuk menentukan
samada terdapat tanda-tanda kemerosotan. Jikalau wujud tanda-tanda sedemikian, nilai aset
dijangka dapat diperoleh dianggarkan. Nilai dijangka dapat diperoleh merupakan amaun yang
lebih tinggi di antara nilai jualan bersih aset dan nilai diguna, yang diukur berasaskan aliran
tunai yang dijangka yang didiskaunkan.
Kerugian kemerosotan dicajkan terus kepada penyata pendapatan komprehensif. Sebarang
kenaikan seterusnya didalam nilai dijangka dapat diperoleh diiktirafkan sebagai keterbalikan
kerugian kemerosotan terdahulu dan diiktirafkan setakat nilai aset dibawa yang akan
ditentukan (selepas susutnilai atau pelunasan, jika berkaitan) sekiranya tiada kerugian
kemerosotan diiktirafkan sebelum ini.
(h) Pinjaman anggota
Pinjaman berfaedah direkodkan pada jumlah penerimaan ditolak kos transaksi. Kesemua kos
pinjaman dikenalpasti sebagai perbelanjaan di dalam penyata kewangan dalam tempoh di
mana ianya terjadi.
(i) Penghutang perdagangan dan pelbagai penghutang
' (i) Hutang lapuk dihapuskira apabila telah dikenalpasti. Anggaran dibuat bagi hutang ragu
Penghutang perdagangan dan lain-lain dinyatakan di atas jangkaan nilai boleh diperolehi.
berdasarkan semakan ke atas jumlah tertunggak pada akhir tahun kewangan.
Pemiutang perdagangan dan pelbagai pemiutang
Pemiutang perdagangan dan lain-lain pemiutang dinyatakan pada kos di mana ia adalah nilai
saksama balasan yang akan dibayar pada masa hadapan bagi barangan dan perkhidmatan
yang diterima.
(k) Pengiktirafan pendapatan
Hasil diiktiraf apabila berkemungkinan bahawa faedah ekonomi berkaitan dengan urusniaga
f-- akan mengalir masuk kepada Koperasi dan jumlah hasil boleh dikira secara munasabah.
a) Faedah pinjaman
Pendapatan dari faedah pinjaman diiktiraf apabila pmJaman diberikan dalam tahun
semasa.
b) Jualan barangan
Jualan barangan diiktiraf apabila jualan berlaku dalam tahun kewangan.
c) Perkhidmatan
Pendapatan dari perkhidmatan diiktiraf apabila perkhidmatan diberikan dalam tahun
semasa.
54