Page 75 - MINIT MESYUARAT AGUNG KOFKEL 23_flip book_Active
P. 75

MENENTUKAN HAD MAKSIMUM KETERHUTANGAN
                                      BAGI SESI JULAI 2022/JUN 2023





                TUJUAN

                Tujuan  kertas  kerja  ini  disediakan  adalah  untuk  meminta  Mesyuarat  Agung  Tahunan
                mengekalkan atau menambahkan had maksimun keterhutangan Koperasi ini mengikut Undang­
                undang Kecil 31  ( I )(i).



                LATAR BELAKANG

                Seperti  Mesyuarat  Agung  Tahunan  yang  lepas,  kita  sedia  maklum  had  maksimum  kuasa
                meminjam  atau  had  maksimum keterhutangan Koperasi ini yang berkuatkuasa sekarang adalah
                sebanyak RM  IO j  uta

                Pihak  Lembaga  KOFKEL  Berhad  sedang  dan  akan  merancang  untuk  melaksanakan  beberapa
                projek  perniagaan  yang  memerlukan  modal  dan  pelaburan  ekuiti  dari sumber  luar  yang agak
                besar  untuk  di laksanakan  pada  sesi  Julai  2022/2023.  Diantara  projek-projek  yang  dirancang
                adalah seperti berikut :

                   ► Memohon pinjaman wang daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk modal
                       pusingan bagi meluaskan skop skim pinjaman peribadi anggota KOFKEL Berhad
                   ► Merebut peluang yang ada seperti menyewa lot-lot peruncitan dan lot promosi di RTC
                   ► Meluaskan pasaran katering kepada penyewa-penyewa dewan RTC
                   ► Meluaskan pembekalan perkhidmatan tempahan tiket kapal terbang, pembekalan hamper
                       dan lain-lain barangan keperluan kepada semua unit di FAMA Negeri dan RTC, Kota
                       Bharu
                   ► Telah membuat pelaburan dalam simpanan tetap bank Persatuan dan bercadang melabur
                       pula dalam bank ANGKASA



                SYOR

                Mesyuarat Agung Tahunan adalah diminta supaya mengekalkan had maksimum keterhutangan
                koperasi ini sebanyak RM  IO juta atau menambahnya menurut mana yang perlu








                                                           66
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80