Page 36 - SISTEM PNEUMATIK
P. 36

Berdasarkan rajah 3.3 di atas,
                  i.  Menunjukkan  silinder  berada  di  dalam  keadaan  piston  masuk  keseluruhannya  apabila  kuasa
                     mampatan angin menolak pada bahagian hadapan.
                 ii.  Pergerakan permulaan angin mampatan untuk menolak piston keluar.
                 iii.  Angin mampatan menolak piston keluar sepenuhnya.
                 iv.  Pergerakan  permulaan  oleh  angin  mampatan  untuk  menarik  piston  masuk  kembali  ke  dalam
                     silinder.



               3.3  MENENTUKAN DAYA DAN SAIZ SILINDER

               Daya yang dikenakan ke atas sesuatu silinder bergantung kepada diameter piston, tekanan kerja udara dan
               rintangan  geseran.    Secara  teori  pengiraan  bagi  menentukan  saiz  sesuatu  silinder  adalah  berdasarkan
               formula di bawah.



                                                                                           2
                                                                  2
                        Daya ( N) = Luas Keratan Rentas Piston (m ) X Tekanan Udara (N/m )
                  atau,

                                                                                                2
                                                                   2
                        Daya ( N) = Luas Keratan Rentas Piston (cm ) X Tekanan Udara  (Kgf/cm )




               Daya yang terhasil oleh silinder dua tindakan :-
                                             D 
                                                2
               Semasa Pengembangan,  F =          P
                                                  
                                            
                                        e
                                                    g
                                              4  
                                        
                                            2
               Semasa mampatan,   F =     (D −  d  2 )P
                                    r
                                        4           g

               Daya yang terhasil oleh silinder satu tindakan :-
                                             D 2
               Semasa Pengembangan,  F =         (P − F  )
                                         e         g    s
                                              4

                 Petunjuk :-
                 D = Diameter piston (m atau cm)
                 d = Diameter  piston rod (m atau cm)
                 Pg = Tekanan kelegaan (bar)
                 Fs  = Daya spring pada akhir lejang







                                                                                                               27
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41