Page 42 - SISTEM PNEUMATIK
P. 42
3.7.2 Penggerak Jenis Ram
Angin termampat bertindak memasuki lubang udara yang bersambung kepada aci keluaran. Lubang
udara dilindungi daripada kebocoran menggunakan pelindung getah atau saduran elastomer.
Gambarajah 3.14 dan 3.15 di bawah menunjukkan binaan penggerak jenis ram.
Sumber :
SMC Pneumatic
Gambarajah 3.14 : Penggerak Jenis Ram
Sumber :
SMC Pneumatic
Rajah 3.15 : Prosedur Kerja Penggerak Jenis Ram
Prinsip kerja penggerak ram ialah apabila angin termampat memasuki bahagian lubang udara, ram
akan ditolak untuk berputar sementara itu, aci juga berputar kepada sudut yang dikehendaki
sepertimana yang ditunjukkan oleh gambarajah iaitu 90o, 180o atau 270o.
3.7.3 Motor Udara
Motor udara banyak digunakan di dalam bidang industri dan automotive sebagai contoh, digunakan
sebagai pemutar skru, mesin penggerudi dan mesin Pencanai. Motor udara menghasilkan keluaran
daya kilas yang berterusan untuk menggerakkan aci.
Kebaikan motor udara udara ialah seperti berikut:-
Mudah untuk mengawal kelajuan motor
Daya kilas yang tinggi
Mudah untuk mengawal arah putaran
Selamat digunakan dalam persekitaran mudah terbakar
33