Page 228 - ANUGERAH GURU INOVATIF: INDIVIDU SEKOLAH RENDAH (NURUL NADIA)
P. 228
11.0 KESIMPULAN
Keseluruhan kajian ini bukanlah bertujuan untuk membuat generalisasi. Namun dapatan kajian ini
bolehlah dijadikan penduaan oleh pensyarah, guru – guru terutama guru matematik dan mereka
yang terlibat dengan pendidikan matematik demi meningkatkan kualiti pengajaran matematik
melalui penekanan kepada penguasaan sifir itu sendiri.
Kaedah inovasi Sifir Sempoi Smart Kit ini telah memberi impak yang lebih baik dan berkesan
berbanding kaedah konvensional iaitu menghafal sifir. Namun begitu, penulisan inovasi ini hanya
melibatkan pengetahuan kepada penguasaan sifir dengan menggunakan petak sifir ganjil dan
genap, tikar sifir ganjil dan genap serta aplikasi dalam talian. Penambahbaikan keatas inovasi ini
boleh dilakukan ke atas penguasaan sifir secara spontan tanpa bergantung kepada elemen yang
telah digunakan dalam kajian ini.
Penghasilan inovasi ini akan dapat membantu seseorang guru khususnya guru Matematik
membuat refleksi tentang kaedah pengajarannya. Ianya juga turut membantu guru sebagai Bahan
Bantu Mengajar bagi mengajar sifir dengan lebih baik dan menarik bersesuaian dengan
pengajaran abad ke 21. Justeru, guru akan dapat membuat pengubahsuaian dan inovasi ke atas
kaedah pengajarannya agar bersesuaian dengan keperluan aras keupayaan murid. Inovasi ini
juga dapat membantu murid-murid yang belum menguasai sifir untuk memperoleh kemahiran
dalam pembinaan jadual sifir tanpa perlu melibatkan hafalan. Keyakinan murid-murid akan
bertambah dan ini dapat membantu mereka untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan
dengan aplikasi kemahiran sifir. Kaedah Sifir Sempoi Smart Kit adalah kaedah mudah yang tidak
memerlukan murid menghafal sifir dan mengurangkan masa dalam mengaplikasikan sifir semasa
menjawab soalan. Oleh itu, penulisan inovasi dengan penambahbaikan di masa hadapan secara
sistematik dan komprehensif yang berterusan wajar dilakukan. Walau bagaimana pun, dapatan
daripada penulisan inovasi ini tidak dapat digeneralisasikan kepada populasi kajian tetapi boleh
dijadikan kaedah alternatif bagi murid yang lemah dalam sifir.
38