Page 13 - IDEOLOGI SONGSANG_Neat
P. 13
Kesan LGBT Kepada Agama
• Agama adalah panduan hidup bagi pengantunya dan
dalam agama mempunyai tatacara hidup yang
sempurna dan baik. Yang pasti sama ada Islam, Hindu,
Buddha, Sikh dan agama-agam lain turut menolak
LGBT ini. Mengapa? Kerana aktiviti LGBT ini
amatlah dilarang dalam semua agama. Seperti yang
telah diceritakan di awal atikel ini, kisah kaum sadum
yang dibinasakan oleh ALLAH akibat perbuatan jijik
mereka, sudah cukup membuktikan bahawa Islam
menentang dan melarang umatnya terlibat dengan
LGBT. Tujuan setiap perkahwinan adalah untuk
meramaikan umat manusia di muka bumi ini. Setiap
pasangan Islam haruslah melahirkan zuriat yang soleh
dan solehah. Bagi Bagi merealisasikan tujuan ini, ia
mesti melalui ikatan perkahwinan yang sah. Dan
berlaku persetubuhan antara suami dan isteri. Cuba
anda bayangkan, seorang lelaki bersuamikan lelaki
dan seorang perempuan beristerikan perempuan.
Mereka berkahwin tanpa melalui kaedah yang betul
dan hidup bersama. Dari sudut sains, apabila sperma
yang dimiliki oleh lelaki disenyawakan dengan ovum
yang dimiliki oleh perempuan, baru akan terhasil janin.
Sekiranya amalan LGBT ini berleluasa maka,
matlamat Islam untuk meramaikan umat tidak dapat
dicapai degan baik.