Page 7 - IDEOLOGI SONGSANG_Neat
P. 7
• Kurang Pengetahuan Atau Amalan Agama
Faktor yang seterusnya adalah berkaitan dengan
ceteknya diri dalam ilmu pengetahuan dan amalan
agama. Majoritinya merupakan golongan profesional
yang berkerjaya, namun menyokong dan terlibat
dengan gejala LGBT. Perkara tersebut terjadi kerana
mereka telah mengasingkan budaya kehidupan mereka
dengan perkara yang dipraktikkan oleh agama.
Fahaman sekularisma ini semaking banyak
mempengaruhi masyarakat kita pada hari ini. Mereka
mengasingkan sepenuhnya kehidupan dunia dan
agama menyebabkan mereka tidak endahkan isu-isu
seperti dosa, pahala, halal mahupun haram atas
tingkah laku yang dilakukan. Fahaman ini dipercayai
berlaku semasa Zaman Renaissance di Barat sewaktu
Revolusi Industri yang mengasingkan sepenuhnya
kehidupan dengan urusan gereja. Hal demikian
menyebabkan manusia semakin jauh daripada agama
dan menyebabkan hidup tidak terarah kerana hilangnya
pedoman lalu terjebak dengan budaya kehidupan
songsang ini. Antara sebab lain yang berkaitan adalah
ibubapa juga tidak menerapkan ilmu agama yang
secukupnya terhadap anak-anak di dalam institusi
kekeluargaan