Page 6 - EFOLIO-IDEOLOGI SONGSANG GROUP 2_Neat
P. 6
Faktor-Faktor Berlakunya LGBT
• Keluarga
Institusi keluarga merupakan institusi terpenting dalam
konsep pembinaan sebuah negara. Sekiranya institusi
sesebuah keluarga rapuh maka kesan sampingannya
boleh menyebabkan sesebuah negara tersebut terbantut.
Dalam subtopik keluarga, ibu bapa memainkan peranan
yang besar dan menjadi signifikan dalam memastikan
pembentukan sebuah keluarga yang bahagia dan
berkualiti. Dengan ini,secara tidak langsungnya akan
membentuk sebuah negara yang maju dan berdaya
saing di peringkat global. Hakikatnya, sekarang ramai
ibu bapa yang terdesak dalam memenuhi keperluan ahli
keluarga sehingga terpaksa bekerja lebih masa, maka
perkara ini menyebabkan anak-anak kurang mendapat
perhatian serta kasih sayang. Tekanan yang semakin
mendesak ini adakalanya menyebabkan anak-anak
tertekan dan menyebabkan mereka mencari identiti
sendiri di luar rumah dan keluarga terdekat yang
mungkin menyebabkan mereka bergaul dengan kawan-
kawan yang salah dan seterusnya menyebabkan mereka
terpengaruh dengan gejala LGBT.