Page 125 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 125
Bab 3 - 10
1. Senibina Rumah Ibadat
Rajah 3.6: Senibina Rumah Ibadat
Negeri Johor merekodkan sebanyak 1690 buah (67.4%)
masjid dan surau yang masih mengekalkan senibina
tradisional dan tipikal. 817 buah (32.6%) masjid dan surau
mempunyai senibina moden kontemporari.
Senibina masjid dan surau yang lama mempunyai ciri seni
bina tradisional dan tipikal melayu yang dipengaruhi oleh
ciri-ciri Melayu tradisional. Ciri-ciri senibina adalah
berbeza mengikut kawasan disebabkan oleh faktor
topografi, cuaca dan budaya hidup masyarakat setempat. 67.4 % Tradisional / Tipikal
32.6 % Moden Kontemporari
2. Struktur Binaan Rumah Ibadat
Rajah 3.7: Struktur Binaan Rumah Ibadat
Sebanyak 2325 buah (92.7%) rumah ibadat merangkumi
masjid dan surau di Negeri Johor mempunyai struktur
binaan batu/ konkrit. Seterusnya, 135 buah (5.4%)
mempunyai struktur binaan campuran batu dan kayu.
Binaan konkrit lebih stabil dan dipercayai tidak mudah
retak apabila pergerakan tanah berlaku. Binaan yang
diperbuat dari batu/ konkrit mempunyai kebolehtelapan 92.7 % Batu/ Konkrit
wap yang tinggi yang memberi kesan yang nyaman dan 1.9 % Papan/ Kayu
sejuk terhadap bahagian dalam ruang ibadat.
5.4 % Campuran Batu / Kayu
3. Keadaan Bangunan Rumah Ibadat
Rajah 3.8: Keadaan Bangunan Rumah Ibadat
Keadaan rumah ibadat di Negeri Johor merekodkan
sebanyak 1676 buah (66.9%) rumah ibadat merangkumi
493 buah masjid dan 1183 buah surau yang berada dalam
keadaan baik. Terdapat 5 buah (0.2%) masjid dan surau di
Negeri Johor yang berada dalam keadaan usang.
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keadaan
bangunan antaranya faktor usia bangunan, kadar
kekerapan penyelenggaraan bangunan dan pemilihan 23.0 % Sangat Baik
bahan binaan bangunan. Antara aspek yang diambilkira 66.9 % Baik
dalam penentuan keadaan bangunan adalah dari segi 8.2 % Sederhana
fizikal bangunan iaitu cat dan tahap kebersihan 1.7 % Usang
persekitaran. 0.2 % Sangat Usang
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A