Page 8 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 8

BAB01







          Pengenalan





          Kajian Perancangan Kemudahan Islam Dan Lain-lain Agama (KPKK) merupakan garis panduan
          perancangan yang memberi panduan umum dalam penyediaan kemudahan rumah ibadat dan
          tanah perkuburan bagi Agama Islam dan Lain-lain agama (merujuk kepada 5 lain-lain agama iaitu
          agama Buddha, Tao, Kristian, Hindu dan Sikh sahaja). Penyediaan tempat ibadat juga dilihat sebagai
          sesuatu yang perlu diberikan keutamaan dalam menyokong kehidupan seimbang manusia melalui
          pemeliharaan kesejahteraan rohani dan jasmani selaras dengan kemajuan ekonomi, teknologi
          maklumat dan kehidupan era moden yang serba mencabar ini.


          Maka, KPKK akan mengambilkira keperluan aspek fizikal dan kerohanian bagi setiap agama supaya
          garis panduan yang dihasilkan adalah lebih praktikal, komprehensif serta kebolehterimaan pihak –
          pihak berkepentingan. Penyediaan KPKK juga akan merujuk kepada Garis Panduan Perancangan
          (GPP) yang tersedia sebelum ini iaitu GPP Rumah Ibadat Islam (1997), GPP Tanah Perkuburan
          Islam dan Lain-lain Agama (1997) dan GPP Pembangunan Sejagat (2000), yang akan disemak dan
          ditambah baik berdasarkan input dan maklumbalas semua pihak berkepentingan yang terlibat di
          dalam penyediaan dan pengurusan rumah ibadat dan tanah perkuburan agama masing-masing.

                          1997                      1997                       2000
                Garis Panduan Perancangan   Garis Panduan Perancangan   Garis Panduan Perancangan
                   Rumah Ibadat Islam     Tanah Perkuburan Islam dan   dan Pembangunan Sejagat
                                               Lain-lain Agama             Edisi Kedua



                                                                            GARIS PANDUAN
                                                                             PERANCANGAN
                                                                               DAN
                                                                            PEMBANGUNAN
                                                                              SEJAGAT
                                                                             (EDISI KEDUA)



                          2009                      2009                        2009
                    Draf Garis Panduan       Draf Garis Panduan           Draf Garis Panduan
                Perancangan Masjid dan Surau  Perancangan Tokong, Kuil,   Perancangan Tanah Perkuburan
                                             Gereja dan Gudwara           dan Krematorium
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13