Page 27 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 27

Bab 1- 20






           1.7.1   Pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) dan NUA


           • Matlamat SDGs

           SDG telah diterima pakai oleh Malaysia bersama 193 anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
           merupakan satu pelan Tindakan global bagi mencapai masa hadapan yang lebih baik dan mampan untuk
           semua. Ia merupakan satu komitmen bersama untuk menangani cabaran ketidaksamaan serta mencapai
           pembangunan ekonomi yang lebih mampan dan efektif. Kajian ini amat bertepatan dan selaras dengan tiga
           matlamat SDG bagi mencapai masa hadapan yang lebih baik dan mampan untuk semua.

                                       Rajah 1.11: Perkaitan matlamat SDG dan KPKK




                     Matlamat SDG 11                                  Matlamat SDG 3
                    Komuniti Mampan                                 Sihat dan Sejahtera
               ● Mengutamakan kemudahan awam                       ● Memastikan kehidupan yang sihat dan
                 yang selamat, inklusif, boleh diakses,             menggalakkan kesejahteraan untuk
                 hijau dan berkualiti dan mesra                     semua peringkat umur.
                 keluarga
               ● Menambah baik semula                              ● Kemudahan yang disediakan haruslah
                                                                    meningkatkan interaksi sosial antara
                 perancangan dan reka bentuk                        generasi pada setiap peringkat umur
                 bandar bagi menghasilkan                           bagi memupuk perpaduan sosial dan
                 pembangunan yang lebih baik.
                                                                    keselamatan masyarakat.
                                                Matlamat SDG 10
                                              Inklusif dan Saksama
                                          ● Menghormati kepelbagaian masyarakat
                                           dan kesaksamaan di kalangan penduduk.
                                          ● Mempraktikkan pembangunan dan
                                           perancangan inklusif bagi memupuk
                                           perpaduan sosial dan kemakmuran
                                           bersama.

            • Agenda Perbandaran Baharu (NUA)

            NUA juga memberi penekanan terhadap cabaran perbandaran global
            yang memerlukan tindakan khusus bagi mencapai SDG. Pelaksanaan
            NUA melibatkan lima tonggak utama iaitu dasar negara bandar,
            undang-undang dan peraturan bandar, perancangan dan rekabentuk
            bandar, ekonomi  tempatan dan  kewangan  perbandaran dan
            pelaksanaan  tempatan  sebagai  komitmen  utama  dalam
            mempercepatkan usahan kemampanan perbandaran.
                                                                              Pembangunan Bandar
                                                                               Mampan Untuk
            Perancangan kemudahan tempat ibadat dan tapak perkuburan juga     Terangkuman Sosial
                                                                               Dan Pembasmian
            akan  memberikan  sumbangan  ke  atas  pencapaian  Agenda           Kemiskinan
            Perbandaran Baharu secara langsung adalah mengenai struktur tadbir
                                                                                      Kemakmuran
                                                                         Pembangunan
            urus, inklusif sosial, pembangunan spatial, kemakmuran bandar,  Bandar Mampan   Bandar Dan Peluang
                                                                                      Mampan Dan
            kemampanan alam sekitar.                                    Alam Sekitar Dan   Inklusif Untuk
                                                                         Berdaya Tahan
                                                                                        Semua

                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32