Page 40 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 40

BAB02







         Penemuan Kajian Kes







         Penemuan Kajian Kes Perancangan Kemudahan Islam ini akan merangkumi analisis hasil
         kajian lapangan bagi tempat ibadat Islam, masjid dan surau bagi keempat-empat negeri kajian
         kes iaitu negeri Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hasil
         penemuan ini merupakan maklumat yang direkodkan daripada temubual bersama pengerusi
         atau ahli jawatankuasa masjid dan surau. Segala dapatan dan penemuan ini akan digunakan
         sebagai ukuran dan penentu dalam merumuskan cadangan penambahbaikan garis panduan
         yang pernah dihasilkan mengikut keperluan semasa dan akan datang.




         Bab ini akan mengemukakan tujuh bahagian iaitu

         1) Metodologi Kajian Kes
         2) Pengenalan Mengenai Organisasi Agama
         3) Asas Perancangan Fizikal Dan Kerohanian Tempat Ibadat
         4) Asas Perancangan Tanah Kubur
         5) Kajian Kes Tempat Ibadat
         6) Kajian Kes Tanah Perkuburan
         7) Rumusan Dapatan Kajian Kes



         Segala maklumat yang dianalisis ini adalah penting untuk diperincikan dalam mencari
         penyelesaian bagi segala isu-isu semasa selain akan digunakan untuk membentuk garis
         panduan baru yang komprehensif dan berkualiti bagi menjamin dan menyokong kehidupan
         seimbang melalui pemeliharaan kesejahteraan rohani dan jasmani selaras dengan kemajuan
         ekonomi, teknologi maklumat dan kehidupan era moden yang serba mencabar ini.
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45