Page 8 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 8
BAB01
Pengenalan
Kajian Perancangan Kemudahan Islam Dan Lain-lain Agama (KPKK) merupakan garis panduan
perancangan yang memberi panduan umum dalam penyediaan kemudahan rumah ibadat dan
tanah perkuburan bagi Agama Islam dan Lain-lain agama (merujuk kepada 5 lain-lain agama iaitu
agama Buddha, Tao, Kristian, Hindu dan Sikh sahaja). Penyediaan tempat ibadat juga dilihat sebagai
sesuatu yang perlu diberikan keutamaan dalam menyokong kehidupan seimbang manusia melalui
pemeliharaan kesejahteraan rohani dan jasmani selaras dengan kemajuan ekonomi, teknologi
maklumat dan kehidupan era moden yang serba mencabar ini.
Maka, KPKK akan mengambilkira keperluan aspek fizikal dan kerohanian bagi setiap agama supaya
garis panduan yang dihasilkan adalah lebih praktikal, komprehensif serta kebolehterimaan pihak –
pihak berkepentingan. Penyediaan KPKK juga akan merujuk kepada Garis Panduan Perancangan
(GPP) yang tersedia sebelum ini iaitu GPP Rumah Ibadat Islam (1997), GPP Tanah Perkuburan
Islam dan Lain-lain Agama (1997) dan GPP Pembangunan Sejagat (2000), yang akan disemak dan
ditambah baik berdasarkan input dan maklumbalas semua pihak berkepentingan yang terlibat di
dalam penyediaan dan pengurusan rumah ibadat dan tanah perkuburan agama masing-masing.
1997 1997 2000
Garis Panduan Perancangan Garis Panduan Perancangan Garis Panduan Perancangan
Rumah Ibadat Islam Tanah Perkuburan Islam dan dan Pembangunan Sejagat
Lain-lain Agama Edisi Kedua
GARIS PANDUAN
PERANCANGAN
DAN
PEMBANGUNAN
SEJAGAT
(EDISI KEDUA)
2009 2009 2009
Draf Garis Panduan Draf Garis Panduan Draf Garis Panduan
Perancangan Masjid dan Surau Perancangan Tokong, Kuil, Perancangan Tanah Perkuburan
Gereja dan Gudwara dan Krematorium