Page 83 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 83
Bab 2 - 44
2.4.4 Tanah Perkuburan Kristian
Tanah perkuburan Kristian merujuk kepada tapak khas untuk
pengebumian penganut Kristian ditapak tertentu. Tapak perkuburan
Kristian dikhaskan untuk pengebumian (burial) dan kolumbarium
(columbarium). Buat masa ini, kerja-kerja penyelenggaraan tapak
perkuburan sediada masih perlu dipertingkatkan agar tapak
perkuburan Kristian dinegara Malaysia pada masa hadapan dapat
dijadikan seperti sebuah taman rekreasi seperti mana yang terdapat
di luar negara.
Kebanyakan tapak perkuburan awam terletak di atas tanah kerajaan
dan diselenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan atau diuruskan
oleh persatuan perkuburan penganut Kristian di negeri masing-
masing. Terdapat juga gereja individu yang memiliki tanah Tanah Perkuburan Kristian Kuala Lumpur seluas 50
Ekar adalah antara yang terbesar di Malaysia
perkuburan sendiri dan disediakan untuk kalangan penganut Kristian
sahaja. Namun, terdapat juga sesetengah gereja individu telah
membenarkan penganut dari gereja lain untuk menggunakan
kemudahan ini dengan syarat dan terma yang ditentukan oleh gereja
berkenaan.
Rajah 2.8: Jenis-Jenis Perkuburan Kristian
Jenis 1 Jenis 2 Jenis 3 Jenis 4 Jenis 5
Lot perkuburan Lot perkuburan Taburan abu Acara lain seperti
milik individu tanah yang kecil Kolumbarium ke laut monumental,
atau pasangan. untuk abu mayat terbuka atau perkuburan tanaman
tertutup
bagi individu, (berbumbung) atau semulajadi yang
pasangan atau dilakukan di luar
keluarga. negara tapi jarang di
amalkan di Malaysia
Memandangkan tanah adalah terhad maka komponen seperti kolumbarium adalah digalakkan kerana ianya
lebih ekonomikal, jimat tempat dan senang diuruskan.
Tanah Perkuburan Kristian Kolumbarium Berbumbung – dengan Tapak Perkuburan Tanah jenis berpetak
ketinggian paras tidak melebihi 7 kaki dari (meletak abu mayat didalam petak yang
paras tanah dikhaskan ) dikalangan ahli keluarga terdekat
juga digalakkan
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A