Page 4 - TK-283342-283512-283618-283624-289233
P. 4

1.0  PENGENALAN








     Merungkai  semula  sejarah  penubuhan  Malaysia,  Melaka  merupakan  pusat

     perdangangan  utama  khususnya  rempah  ratus  kerana  memiliki  kedudukan

     yang  strategik,  mempunyai  pemimpin  yang  berwibawa  serta  sistem

     pentadbiran  yang  cekap.  Namun,  pada  tahun  1511,  kegemilangan  ini  terhenti

     apabila  Melaka  berada  dalam  jajahan  Portugis.  Pada  tahun  1641  pula,  Tanah

     Melayu  telah  di  jajah  oleh  Belanda  manakala  pada  tahun  1824  di  jajah  oleh

     British  melalui  Perjanjian  Inggeris-Belanda.  Seterusnya,  tentera  Jepun  mula

     menjajah Tanah Melayu namun Jepun menyerah kalah akibat daripada kejadian

     pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki.



     Parti  Komunis  Malaya  telah  mengambil  peluang  yang  ada  untuk  menguasai

     Tanah  Melayu.  Parti  Komunis  Malaya  menggunakan  kekerasan  seperti

     pembunuhan tiga orang pengurus peladang getah. Oleh yang demikian, darurat

     telah  di  isytiharkan  di  Tanah  Melayu  sekaligus  mengakibatkan  kegagalan

     penguasaan  Parti  Komunis  Malaya  kerana  British  telah  mengambil  alih  kuasa

     dalam mentadbir Tanah Melayu. British menubuhkan Malayan Union dan telah

     di tentang hebat oleh penduduk tempatan ekoran daripada penghapusan hak-

     hak istimewa orang Melayu.                                                                                         1




     Pejuang  kemerdekaan  yang  terdiri  daripada  pelbagai  latar  belakang

     memekarkan  semula  semangat  nasionalisme  dalam  kalangan  penduduk
     tempatan  dan  tidak  pernah  jemu  berjuang  dalam  menuntut  kemerdekaan.

     Pada tahun 1952, Parti Perikatan telah menyedarkan British bahawa penduduk

     tempatan mampu untuk mentadbir negara sendiri dan perpaduan antara kaum                                              SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA

     Melayu,  Cina  dan  India  telah  memberikan  kesan  positif  di  mana  Perjanjian

     London  yang  ditandatangani  telah  memberi  petunjuk  bahawa  Tanah  Melayu

     akan mencapai kemerdekaan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9