Page 24 - White Nature Travel Magazine Cover
P. 24
3.0 CABARAN DALAM MENJADI RAKYAT MALAYSIA
3.2 TAHAP SOSIALISASI YANG
TERHAD
Dalam kehidupan bermasyarakat, rakyat Malaysia memerlukan jaringan
hubungan yang baik khususnya ketika melibatkan komunikasi dalam budaya
yang pelbagai. Hal ini menuntut tahap sosialisasi yang tinggi. Menurut
Puspitasari (2020), sosialisasi merupakan suatu proses memperkenalkan pada
norma dan adat istiadat sosial di mana rakyat belajar untuk mengenal dan
memahami budaya yang ada di sekelilingnya. Proses sosialasi dapat
membantu mengeratkan sifat kefahaman dalam kalangan rakyat secara lebih
efisyen.
Puspitasari (2020) turut menyatakan sosialisasi berkemampuan untuk
memberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada rakyat agar dapat
menjalani kehidupan bermasyarakat. Selain itu, sosialisasi mendorong rakyat
agar mengembangkan kemampuan untuk berinteraksi sosial. Rakyat harus
ditekankan untuk berkomunikasi dengan kaum lain malah bukan dalam kaum
sendiri. Sekiranya konsep sosialisasi dapat di fahami, secara tidak langsung,
rakyat dapat memahami dan menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial dan
budaya yang pelbagai sekaligus menyemai nilai saling hormat-menghormati
dan kepercayaan.
Namun, tahap sosialisasi dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terhad.
Sebagai contoh, instafamous, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim atau lebih di 21
kenali sebagai Ryzal Duriankimchi telah membuat suatu gurauan yang
berbentuk penghinaan. Ryzal Duriankimchi telah
menyamakan busana tradisional kaum Iban seperti
duit syiling, kain meja, alas televisyen, kain buruk,
kain langsir, tikar serta tali pinggang pengakap
(Shuaib, 2021). Hal ini menimbulkan kemarahan
seluruh rakyat Malaysia khususnya dari kaum Iban SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA
kerana tiada nilai sensitiviti antara kaum. Jelaslah
sekiranya konsep sosialisasi tidak dipraktikan dalam
kehidupan bermasyarakat akan menjejaskan
kesejahteraan negara.