Page 30 - White Nature Travel Magazine Cover
P. 30
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
CABARAN DALAM MENJADI RAKYAT MALAYSIA
4.3 MEMUPUK SIFAT SETIA DAN
CINTA AKAN NEGARA
Secara umumnya, rakyat dari seluruh pelusuk dunia sanggup datang ke
Malaysia hanya untuk mempelajari budaya yang pelbagai dalam satu pucuk
pimpinan. Semangat tersebut seharusnya di jadikan sebagai panduan agar
rakyat Malaysia memiliki perasaan sentiasa ingin tahu terhadap budaya yang
wujud di sekeliling. Hal ini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara budaya
yang pelbagai dan mengelakkan rakyat Malaysia di pandang enteng kerana
tidak mengetahui budaya yang wujud dalam negara sendiri.
Manakala para pemimpin pula hendaklah sentiasa berwawasan tinggi dan
berpandangan jauh dalam membawa Malaysia ke arah mencapai status negara
maju dan berpendapatan tinggi selari dengan konsep Keluarga Malaysia. Sistem
pentadbiran politik yang berasaskan kaum hendaklah di hakis. Hal ini amat
penting agar tidak berlaku perebutan dalam mentadbir negara secara berkesan
sekaligus keadilan dalam pentadbiran dapat di rasai oleh setiap rakyat
Malaysia.
Setiap rakyat Malaysia sememangnya kena bersyukur kerana Malaysia sentiasa 27
aman tanpa sebarang peperangan atau pecah belah antara kaum. Justeru,
rakyat Malaysia usah memiliki sikap gemar untuk menimbulkan isu perbezaan
sehingga mampu mewujudkan konflik dan menggugat perpaduan yang sedia
ada. Sebagai rakyat Malaysia yang berpatriotik, sewajarnya harus memastikan
yang kesetiaan terhadap raja dan negara tidak pernah berkurang. Perkara ini
dapat mencerminkan sikap sebagai warganegara Malaysia. SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA