Page 4 - D:\Documents\Flip PDF Professional\TK-283342-283512-283618-283624-289233\
P. 4
1.0 PENGENALAN
Merungkai semula sejarah penubuhan Malaysia, Melaka merupakan pusat
perdangangan utama khususnya rempah ratus kerana memiliki kedudukan
yang strategik, mempunyai pemimpin yang berwibawa serta sistem
pentadbiran yang cekap. Namun, pada tahun 1511, kegemilangan ini terhenti
apabila Melaka berada dalam jajahan Portugis. Pada tahun 1641 pula, Tanah
Melayu telah di jajah oleh Belanda manakala pada tahun 1824 di jajah oleh
British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Seterusnya, tentera Jepun mula
menjajah Tanah Melayu namun Jepun menyerah kalah akibat daripada kejadian
pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki.
Parti Komunis Malaya telah mengambil peluang yang ada untuk menguasai
Tanah Melayu. Parti Komunis Malaya menggunakan kekerasan seperti
pembunuhan tiga orang pengurus peladang getah. Oleh yang demikian, darurat
telah di isytiharkan di Tanah Melayu sekaligus mengakibatkan kegagalan
penguasaan Parti Komunis Malaya kerana British telah mengambil alih kuasa
dalam mentadbir Tanah Melayu. British menubuhkan Malayan Union dan telah
di tentang hebat oleh penduduk tempatan ekoran daripada penghapusan hak-
hak istimewa orang Melayu. 1
Pejuang kemerdekaan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
memekarkan semula semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk
tempatan dan tidak pernah jemu berjuang dalam menuntut kemerdekaan.
Pada tahun 1952, Parti Perikatan telah menyedarkan British bahawa penduduk
tempatan mampu untuk mentadbir negara sendiri dan perpaduan antara kaum SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA
Melayu, Cina dan India telah memberikan kesan positif di mana Perjanjian
London yang ditandatangani telah memberi petunjuk bahawa Tanah Melayu
akan mencapai kemerdekaan.