Page 33 - PENGANGKUTAN IPK KL
P. 33
PTKPN BAHAGIAN C209 | PENYENGARAAN DAN PEMBAIKAN KENDERAAN
3.6. TANGGUNGJAWAB PEMANDU
(PTKPN BAHAGIAN C209)
1. Seorang pemandu hendaklah memastikan kenderaan di bawah jagaannya hadir
penyelengaraan mengikut kilometer perjalanan kenderaan atau jadual penyelengaraan
yang telah dikeluarkan oleh Ketua Bengkel.
2. Pemandu dikehendaki memastikan kenderaan di dalam keadaan bersih dan perlulah hadir
membantu Mekanik dalam melaksanakan tugas penyengaraan kenderaan.
3. Pemandu dikehendaki membawa semua dokumentasi berkaitan penyelenggaraan iaitu
Buku Log Kenderaan (Pol.303), Buku Rekod Kenderaan (Pol.200) dan Buku Rekod
Penyenggaraan Kenderaan (Pol.198) semasa menghadiri penyenggaraan kenderaan
pasukan. Kenderaan hendaklah dicuci terlebih dahulu dan berada dalam keadaan bersih.
4. Pemandu dikehendaki mematuhi peraturan dan disiplin yang ditetapkan.