Page 4 - MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SMK SERI AMAN 2021
P. 4
PERUTUSAN PENGETUA
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, walaupun dalam 1001 kesukaran menghadapi ujian
Covid-19. Dengan izin-Nya jua, kita berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai pendidik
bagi sesi persekolahan tahun 2020. Terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah yang komited
dalam menyempurnakan amanah dan menjayakan aktviti sepanjang tahun 2020. Semua kelemahan tahun
2020 hendaklah kita buat penambah baikkan dalam tahun 2021 ini. Usaha dan tindakan itu hendaklah kita
jalankan dengan penuh keikhlasan dan berintegriti demi hala tuju yang betul.
Tahun 2021 ini wajar kita bermuhasabah dan ambil peduli dalam usaha kita menjayakan dan
menyokong dasar-dasar kerajaan. Selain dasar-dasar baharu kerajaan, penting untuk kita menjayakan
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2015 yang kini sudah masuk
Gelombang Ke-3. Perlu saya nyatakan di sini, cabaran ini memerlukan komitmen dan kefahaman
berterusan oleh semua guru dan staf. Begitu juga dengan tanggungjawab menjayakan Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang sudah masuk tahun keempat. Kita perlu menjayakan program
HIJAU BESTARI yang telah kita sasarkan matlamat dan keberhasilannya.
Memasuki tahun 2021 ini, saya mengkategorikan lima teras TS25 sudah benar-benar difahami oleh
semua warga SMK Seri Aman. Selepas tiga tahun Fasa 1, saya mendapati kita telah berjaya
menterjemahkan lima teras tersebut mengikut acuan dan wajah kita. Program TS25 Hijau Bestari ini terus
kita semarakkan dengan beberapa pemurnian. Antaranya, untuk Fasa 2 ini kita kekal dengan 5 Aspirasi
dan 5 Strategi tetapi menumpukan kepada 15 KPI dan 15 Inisiatif untuk dijayakan menjelang tahun 2025.
Seperkara lagi, semua peringkat kepimpinan, guru dan staf hendaklah ambil peduli dan memahami
hala tuju Jabatan Pendidikan Negeri Johor, iaitu PENDIDIKAN HOLISTIK 2.0, Mengoptimumkan Potensi &
Memaksimumkan Keberhasilan dan prinsip kerja i-drone. Marilah kita sama-sama menghayati apa yang
dihasratkan oleh Pengarah Pendidikan, menyokongnya dan memastikan apa yang dihasratkan boleh di
capai.
Akhir kata, marilah kita perkukuhkan muafakat sebagai satu pasukan dalam satu organisasi yang
kuat bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Laksanakan semua tugas kita dengan ikhlas, niatkan kerja kita sebagai ibadah dan KERANA ALLAH.
Semoga Allah memberkati hidup kita di dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih. Wasalam.
HAJI AMAD BAHRI BIN MARDI
Pengetua, SMK Seri Aman.
1