Page 5 - flipbook Buku Pengurusan SKPI 2021
P. 5

DOKUMEN PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
                     KATA ALUAN GURU BESAR



                                       Assalamualaikum w.t dan Salam Sejahtera.....

                                       Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya, kita
                                       dapat lagi meneruskan perjuangan yang diamanahkan kepada kita
                                       sebagai pendidik dan pembentuk bangsa. Ucapan setinggi-tinggi
                                       tahniah dan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat dan
                                       yang  telah  bertungkus  lumus  untuk  menyiapkan  buku  ini.  Buku
                                       pengurusan ini penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada
                                       guru-guru  untuk  melaksanakan  tugas  dengan  lebih  terarah  dan
                                       berkesan.  Insya-Allah,  kita  yang  berkhidmat  sebagai  warga
                                      pendidik  perlu  berpegang  kepada  prinsip  kerja  berpasukan
                                      (teamwork) dan berkolaboratif antara satu sama lain sama ada di
                                    peringkat panitia, sekolah, daerah mahupun diperingkat kebangsaan


            Semua guru seharusnya melakukan transformasi dan penambahbaikan kepada kemahiran dan
            potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan dalam abad ke-21. Saya sangat
            yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan
            serta  komitmen  yang  tinggi  di  kalangan  semua  guru  serta  warga  sekolah,  kita  mampu
            mengharungi persaingan yang mencabar kini dan dalam masa yang sama dapat  melahirkan
            anak-anak didik yang“Cemerlang dan Berwawasan”.

            Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan
            terus berusaha menjalankan tugas dengan amanah dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai
            satu pasukan yang kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan
            sahsiah ke arah bersatu untuk bersama menuju kecemerlangan.

            Harapan saya, SK Permai Indah terus menghasilkan  sumber manusia yang berkualiti dari segi
            keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya di samping kemudahan pendidikan yang berkualiti
            dan InsyaAllah menjadi tunggak untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi
            tuntutan dunia dan akhirat.

            Sekian, Wassalam




            MAZLAN BIN MAT ZAIN
            Guru Besar
            SK Permai Indah                                                                    02 Januari 2021

                                                                                                4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10