Page 3 - SOP SK Permai Indah 2021
P. 3

MANUAL PENGURUSAN

                                STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)
                                  SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAI INDAH


                                                       1.  PENGENALAN

               Standard Operating Procedure (SOP) adalah dokumen bertulis yang memperincikan semua langkah-langkah yang diambil di
               dalam sesuatu aktiviti, proses atau prosedur didalam sebuah jabatan/organisasi.

                Penggunaan  SOP  khususnya  di  dalam  organisasi  yang  menawarkan  perkhidmatan  yang  berisiko  dan  memerlukan  aspek
               keselamatan  yang  tinggi amat penting  lebih-lebih lagi kepada  organisasi yang terlibat di dalam bidang keselamatan, klinikal,
               kecemasan, farmasi dan pengeluaran janakuasa. Setiap prosedur perlu dikuti dengan tepat bagi mengelakkan kejadian tidak
               diingini berlaku.

               Bagi organisasi seperti Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, perkara ini juga penting dalam memastikan prosedur dibuat
               mengikut peraturan dan tidak menyalahi daripada dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

               Pembangunan dan penggunaan SOP adalah sebahagian daripada sistem kualiti yang berjaya kerana ia dapat menyediakan
               seseorang  individu  di  dalam  jabatan  atau  organisasi  itu  dengan  maklumat  yang  tepat  untuk  melaksanakan  sesuatu  tugas
               dengan  betul  dan  konsisten dalam  aspek  kualiti  dan  integriti  atau  penghasilan  produk akhir.  SOP  menghuraikan  kedua-dua
               elemen teknikal dan pentadbiran operasi sebuah organisasi/jabatan yang diuruskan di bawah pelan kerja yang sistematik.


                                                          2. KEPERLUAN

               SOP memperincikan proses kerja yang dijalankan atau diikuti dalam sesebuah organisasi. Pendokumentasian aktiviti dilakukan
               adalah untuk memudahkan pematuhan yang konsisten kepada keperluan sistem teknikal dan untuk menyokong kualiti data.
               SOP bertujuan menjadikan pengurusan organisasi lebih teratur dan membantu organisasi itu untuk mengekalkan kawalan kualiti
               dan proses  jaminan kualiti  dan  memastikan  pematuhan  dengan  peraturan dan dasar kerajaan yang  ditetapkan.  Pengurusan
               yang berkualiti ini sudah tentu akan memberi impak kepada kepuasan pelanggan sesebuah jabatan.

               SOP jika tidak ditulis dengan betul,  akan mempunyai nilai yang terhad. Manakala SOP yang ditulis dengan baik akan gagal jika
               tidak  diikuti  dengan  betul.  Oleh  itu  dalam  tempoh  tertentu,  penggunaan  SOP  perlu  dikaji  dan  dinilai  semula  oleh  pihak
               pengurusan untuk mempastikan keberkesanannya. Dokumen SOP perlu mudah diakses untuk rujukan oleh individu di dalam
               organisasi sama ada dalam bentuk salinan keras atau format digital, jika tidak SOP tidak memberi apa-apa fungsi.


                                                             3. FAEDAH

               Pembangunan dan penggunaan SOP akan meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran melalui pelaksanaan proses atau
               prosedur yang konsisten dalam organisasi, walaupun terdapat perubahan kepada individu di dalam jabatan/organisasi samada
               secara sementara atau kekal.

               SOP  boleh  juga  digunakan  sebagai  sebahagian  daripada  program  latihan  kakitangan.  Ini  adalah  kerana  mereka  harus
               menyediakan  arahan-arahan  kerja  secara  terperinci.  Dengan  ini  ia  dapat  mengurangkan  kesilapan  dan  salah  faham  antara
               anggota di dalam sesuatu jabatan/organisasi.
               Bagi  pengurusan  atasan,  tugas  penyeliaan  staf  bawahan  dapat  dibuat  dengan  lebih  mudah.  Semakan  terhadap  Key
               Perfomance Indicator (KPI) yang disenaraikan di dalam SOP boleh dijadikan aras untuk melihat pencapaian dan prestasi staff
               di dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti.

               Melalui semakan semula KPI-KPI ini pula, prestasi dan pencapaian keseluruhan organisasi dapat dibuat dengan mudah dan
               tepat.Staf-staf  yang  baru  menyertai  jabatan/organisasi  mungkin  akan  menghadapi  masalah  berkaitan  sesuatu  tugas  atau
               pengurusan. Mereka boleh menyelesaikannya melalui penelitian dokumen SOP yang ada berkaitan bagaimana sesuatu aktiviti
               atau langkah–langkah yang perlu dilakukan diambil tanpa perlu menganggu penyelia/pegawai.
               Akhirnya, manfaat daripada SOP  yang  baik  ialah  ianya  dapat mengurangkan  kesilapan  di  dalam  kerja, dapat  menghasilkan
               data-data  berkualiti  untuk  perbandingan  dengan  lebih  baik,  berkredibiliti  dan  menepati  undang-undang  bagi  sesuatu  pelan
               tindakan yang akan dirancangkan.




               3                   SK Permai Indah, 14000 Bukit Mertajam    |   Email: pba0028@jpnpp.edu.my   |
   1   2   3   4   5   6   7   8