Page 34 - KSD ABMS BM
P. 34
KLAUSA 4: Memahami Organisasi dan Konteksnya
4.1 Memahami Organisasi dan Konteksnya
Organisasi telah mengenalpasti isu-isu luaran dan dalaman yang berkaitan dengan tujuan dan
halatuju strategik yang boleh menghalang atau menjejaskan kemampuan untuk mencapai
objektif pelaksanaan SPAR.
Isu-isu berkenaan ditentukan berdasarkan faktor-faktor berikut :
a) saiz, struktur dan kuasa membuat keputusan di dalam organisasi
b) lokasi dan sektor operasi organisasi
c) sifat, skala dan kerumitan aktiviti serta operasi organisasi
d) model perniagaan organisasi
e) entiti di mana organisasi mempunyai kawalan dan entiti yang melaksanakan kawalan ke
atas organisasi
f) rakan perniagaan organisasi
g) sifat dan sejauh mana interaksi dengan pegawai awam
h) undang-undang, peraturan, kontrak dan tanggungjawab profesional yang digunakan.
34
© GLOBAL QUALITY EXCELLENCE ACADEMY SDN. BHD.